(SERIUS RESPEK)Nora Danish Tolak Tawaran Ratus Ribu Demi Palestin

Hiburan

(SERIUS RESPEK)Nora Danish Tolak Tawaran Ratus Ribu Demi Palestin

Ya duit boleh mengaburkan mata seseorang. Lebih-lebih kalau angka yang bernilai ratusan ribu ringgit. Kalau Abang Nara pun pasti akan goyah sedikit sebanyak juga jika ditawarkan 6 angka untuk menjadi duta kepada beberapa produk. Namun untuk Nora Danish, wang ringgit bukan ukuran kerana produk-produk tersebut merupakan barangan keluaran Yahudi. Pelakon jelita ini sanggup menolak tawaran hebat ini demi untuk Palestin. Respek!!!

nora

Advertisement

Nora Danish khabarnya ditawarkan untuk menjadi duta beberapa produk penjagaan diri harian dengan setiap satunya bernilai enam (6) angka namun apabila mengetahui barangan tersebut termasuk dalam senarai barangan keluaran Yahudi, Nora Danish tanpa teragak-agak menolak untuk menjadi duta barangan-barangan tersebut secara baik. Tindakan menolak tawaran itu memang sangat ‘awesome’ dan apabila ia dilakukan secara baik, itu lebih awesome. Tak macam sesetengah orang boikot McDonalds sampai pergi buat kekacauan dan menjatuhkan nama baik Islam itu sendiri. Ish,ish,ish.

nora

Tahniah kepada Nora Danish atas ketegasan anda ini. Respek sangat-sangat. Semoga makin dimurahkan rezeki selepas ini. Semoga dengan usaha Nora Danish ini sedikit sebanyak membantu saudara seagama kita di Palestin sana. Sumber asal RotiKaya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...