Serius Banteras Perilaku Jenayah, DBKL Bakal Wajibkan CCTV Di Semua Premis Niaga

Trending

Serius Banteras Perilaku Jenayah, DBKL Bakal Wajibkan CCTV Di Semua Premis Niaga

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merancang mewajibkan premis perniagaan di bandar raya memasang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) dalam usaha membanteras jenayah, lapor TheSun memetik Datuk Bandar, Datuk Seri Amin Nordin Abd Aziz.

Advertisement

“Ini bermakna peniaga atau pemilik premis perlu memasang sistem SSTV apabila memohon atau memperbaharui lesen dengan kami,” kata Amin.

“Rakaman CCTV memainkan peranan penting membantu polis dalam siasatan sesuatu jenayah,” katanya, yang menambah DBKL kini dalam perbincangan dengan beberapa agensi dalam memperkenalkan langkah tersebut.

Pada masa ini, sebanyak 300 CCTV dihubungkan terus kepada polis.

DBKL sudah mempunyai 1,000 CCTV dipasang di jalan utama di Kuala Lumpur, tetapi bukan di hadapan premis perniagaan di mana jenayah seperti ragut dan rompakan kerap berlaku, kata Amin,

Katanya, DBKL juga akan mengerah lebih ramai pegawai penguat kuasa di beberapa kawasan yang kerap berlaku jenayah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.