Setiap orang pasti ada kisah seram masing-masing. Ada yang selalu kena dan ada juga langsung tak pernah kena. Tapi kalau yang tak pernah kena tu, jangan ler mintak2 nak tahu gak rasa macam mana. Saja cari pasal namaya.
Artikel kali ini admin kongsikan berkenaan seorang lelaki melalui laman Facebook telah berkongsi kisahnya yang agak ngeri apabila sering ‘ditindih’ sesuatu atau dalam bahasa lainnya Sleep Paralysis yang ada penjelasan tersendiri dalam bidang psikologi. Kita tak boleh nafikan kewujudan makhlus halus, kerana memang benar ada. Cuma kita yang tak nampak.
Jom ikuti pengalaman beliau..
Assalamualaikum, selalu baca pasal hal-hal masyarakat kita kan? Haa kali ni meh aku tukar genre seram pulak. Cerita aku ni bukan cerita pasal rumah tangga, bukan pasal adik abang kakak, bukan pasal madu, tapi pasal aku. Thanks admin approve confession ni.
Okay, confession ni pasal kena tindih je so siapa yang nak tahu mcm mana kena tindih tu baca la kt sini. Aku bukan nk suruh korang kena tindih, tak bukan, aku mmg suka cerita pengalaman aku kat semua orang.
Kena Tindih ni sebenarnya kalau diikutkan dengan saintifik term, nama nya Eye Rapid Movement, atau Sleep Paralysis. Bukan macam orang melayu selalu kata ada hantu tindih. Wallahualam lah. Kalau ikut santifik maksudnya macam badan kita tdur, tapi otak kita sedar. Haa.
Okay jom baca pengalaman aku masa kena tindih. Kisah Seram tapi Benar. Hahah. Aku ringkaskan je tau.
1. Ni masa first2 aku kena dulu. Masa tu darjah 4, kat kampug, aku tidur luar depan tv dengan adik adik aku yg lain. Malam tu tiba2 aku terjaga sbb terdengar bunyi. Bunyi macam ada org buka atap zink betul2 atas aku. Aku pandang je atas lama2, aku bayangkan ada nenek kebayan nk masuk rumah ikut atap huhu, takut gila masa tu. Pastu lama2 bunyi tu stop. Then tiba2 dengar bunyi majalah jatuh kt ruang tamu disusuli dgn bunyi gelas plastik jatuh kat dapur. Aku dah gigil yela budak time tu. Aku baca 3 qul, pastu bangun lari kt bilik mak aku. Aku cerita tapi mak aku suruh aku tdur balik. Masa aku baring, aku dengar bunyi kaca pecah, pastu nenek aku keluar bilik pegi cek. Fuhh lega aku, aku ingat aku sorang je yg dgr bunyi tu. Cek punya cek takda ap2 yg pecah…
2. Okay lepas kejadian tu, aku mula kena tindih kerap. Badan tak boleh gerak langsung, dada rasa macam kena tekan, suara tak keluar, jerit la kuat mana pun mmg tak akan ada orang dengar. Perasaan takut tu macam menyelubungi satu badan aku. Masa mula2 aku kena tindih aku ingat lagi, aku tdur dengan bibik aku dalam bilik kt kampung. Bilik tu mmg jarang guna pun. Tiba2 badan aku tak boleh gerak. Mata aku tutup je xboleh bukak.
Apa aku nampak? Aku nampak pondok kayu kecil usang, dalam pondok tu tengah2 dia ada satu tiang, bawah tu ada org lelaki tangan kena ikat kat tiang. Pastu dia pusing belakang pandang aku, muka dia sedih giler comot2 pastu mata merah macam lepas nangis. Pupp aku terbangun…
3. Aku dulu selalu kena tindih, seminggu tu ada la 3 kali. Bagi aku la, tindih ni ada dua jenis, satu tindih biasa, satu lagi tindih seram. (Ni teori aku jangan pulak korang pegi google). Tindih biasa ni bila aku kena tindih, aku boleh nampak lagi bilik aku.
4. Pagi tu aku kena tindih biasa, pastu aku rasa ada budak masuk bilik aku, bila pintu buka, terus aku dengar bunyi pintu almari aku buka tutup, then budak tu duduk belakang aku, dia pukul aku dgn rotan halus. Rasa sakit tu mmg real. Aku geram betul masa tu, aku tak takut sbb dah biasa. Bila aku dapat rasa tgn kecil dia selit bawah tgn aku, aku cepat2 tekan tgn aku ke bawah tak nak bagi budak tu lari. Lepas tu budak tu mcm tarik2 tgn dia then terus lari, bila aku dah boleh gerak aku cepat2 pusing belakang, tengok2 dah hilang. Fine…
5. Bilik xxx kat satu asrama aku duduk ni mmg keras. Awal2 kitorang masuk dia dah bagi signal dah. Masa tu aku tengah basuh baju kat bilik air, lepas tu kawan aku baru balik kelas terus jumpa aku kat tandas. Aku cakap dgn dia bilik tak kunci, masuk jele. Dia kata tahu, cuma bila dia ketuk pintu bagi salam dia ingat aku dalam bilik, sbb dia dgr ada org jawab, ‘’waalaikumussalam, masuklah’’…
6. Okay kat bilik aku mmg byk kisah tapi aku cerita certain je. Ada satu malam tu aku kena tindih, aku tdur mengiring masa tu. Katil single ye. Bila aku sedar je ada tapak tgn lain kat bawah tapak tgn aku. (tapak tgn aku bawa bantal) Posisi tapak tgn tu mcm opposite direction haa. Aku ke bawah, dia ke atas. Alaa mcm nk buat kamehameha tu. Tak lama pastu ada tapak tgn lagi satu genggam pergelangan kaki aku. Aku assume ‘benda’ yg sama buat. Satu tapak tgn terbalik dan satu lagi pegang kaki aku. Tapi, panjang tangan dia nak buat macam tu?…
7. Ni kes lepas kitorang balik raya, bilik tu biasala kena tinggal dalam seminggu. Berpesta la benda-benda tu dalam bilik. Masa balik dari cuti kawan aku yg tak balik asrama dah pesan suruh baca yassin dulu sebelum tdur, aku dgn kawan aku lagi sorang ni penat so kami pun tdur terus. Esok pagi haa ambik, ada lebam warna purple kat belakang betis, aku dgn kwn aku kena kat tempat yg sama betis belah kiri!
8. Kadang2 aku kena tindih kalau tdur lepas subuh, atau tdur pagi2. Ada satu masa tu aku tak nak tdur lepas subuh sbb serik asyik kena tindih je. Baguslah tak tdur lepas subuh kan? Kalau aku ngntuk sangat aku dah prepared dah nanti kena tindih ni sebab tidur pagi. Tengok-tangok memang kena haha.
Alaa selalunya kalau aku kena tindih biasa ni kan, aku buka mata. Tapi akan nampak benda-benda pelik contohnya lembaga hitam, batang penyapu ada mata, budak kulit hitam berbaju hijau terang.
Semua ni aku nampk sikit2 sbb badan aku tak boleh gerak, aku boleh nampak dgn hujung mata je. Tapi clean and clear aku nampak serius.
9. Ni cerita masa aku cuti tidur kat rumah, masa tu pagi dalam pukul 9, aku tidur lepas subuh haha kan dah kena! Tengah2 tidur tu aku tiba-tiba bangun dan badan tak boleh gerak. Lepas tu dengar bunyi pagar rumah buka. Dalam hati aku, ‘mati la aku bangun lambat, parents balik rumah pagi pulak.’ Nak bangun tak boleh badan keras. Pastu aku dengar la bunyi kereta masuk rumah, yang peliknya, kereta tak parking lagi dah bunyi orang ketuk pintu???
10. Okay dah cuti kan aku pun balik la asrama. Ada satu malam tu aku rasa seram sejuk. Dalam 4 pagi aku terjaga, mata aku terbeliak besar pandang atas. Pergh nasib baik tak nampak makhluk time tu. Okay badan aku dah start tak boleh gerak. Mula la aku dengar bunyi2 mcm pen 2-3 batang terjatuh, orang selak buku, hanger2 baju jatuh. Aku pandang phone aku, screen phone aku terbuka, tapi hitam putih mcm TV takda siaran tu…
11. Story kedua, aku tidur ngadap dinding kat asrama, pastu aku kena tindih. Bila aku buka mata, aku ada kat tempat lain. Aku ada kat bilik lain, bilik tu gelap sikit tapi ada la cahaya lampu oren sikit. Yang aku nampak dlm bilik tu, aku tidur atas katil single, (kat asrama aku tdur katil double deck) pastu dinding yang aku hadap tu tukar jadi almari, hujung katil aku ada ruang hitam kosong tak berpintu, sbelah tu almari pendek yg ats nya ada lampu tdur dan beg jalan aku.
Belakang aku, aku tak tau ada apa sbb aku tak boleh gerak! Aku pun pejam mata kuat2 nak blah dri situ, pupp! Aku buka mata yeah kat tempat lain, dalam kereta, kereta vintaj warna kuning pale. Aduhh tak habis lagi ke? Okey situasi aku dlm kereta tu, aku duduk sit depan, betul2 dpn dashboard tu, pastu ada radio buruk. Radio tu bunyi mcm siaran tak dapat..zekk zekk zekk.
Ya aku nampak luar kereta, dia mcam street yg tak ada orang. Bangunan kiri kanan tinggi2. Okay aku pejam mata kuat2 balik, pupp! Kat bilik tu balik. Pejam mata kuat2 lagi pupp! Dalam kereta balik. Aduh, last aku baca kursi then perlahan2 aku rasa otak aku mcm merentas masa, tiba2 ada bunyi kereta accident kebabom! Then aku buka mata, aku dah balik bilik Alhamdulillah.
12. Ni rare sebab aku kena tindih dalam kereta! Bayangkan dalam kereta tengah tidur tempat duduk belakang pun kena. Padahal mak ayah adik-adik aku semua ada dalam kereta. Okay aku tengah mimpi nak pergi tandas masa tu. Tandas tu tiles dia warna biru gelap. Bila aku nak basuh, tgh aku dah pegang paip tapi tak boleh gerak. Stuck. Then mula la ada benda2 mcm dtg kt aku. Aku sempat lgi fikir ‘aku sbnarnya kat mana sebelum ni?’ Then, aku pejam mata kuat2, pupp! Dalam tandas lagi. Tiga kali pejam buka baru balik tempat asal, dlm kereta. Masa dh balik tu, aku kan tdur duduk sbb dalamm kereta, then kepala aku jdi lembik and jatuh kebawah. Perghh mcm tengkuk nk patah, but still aku xboleh gerak lagi! Mata dah buka adoi. Pastu aku perlahan2 gerakkan jari bagi otot2 fuction semula.
Kesimpulannya, (panjang sikit haha), bila aku kena tindih tu, badan aku mcm kena balut dgn perasan sakit and takut tau. So aku kena pandai control hati, fikir benda2 happy. Kalau terlintas muka momok habis, perasaan takut dia masuk dlm aku. Tak faham? Aku pun tak tahu dah nak explain mcm mana haha. Benda nampak senang nak control perasaan happy tapi sebenarnya susah gila bila aku dlm situasi mcm tu.
Lagi satu bila aku kena tindih, lepas aku sedar aku kena tahan kejap tak boleh tdur balik. Bagi perasaan tu cau cincau baru aku boleh tdur semula, kalau tak habis. Bila nak sedar daripada kena tindih tu, first memang jari je yang boleh angkat sikit2, tu pun mak aih semput nak angkat jari je. Serius talk. Benda yg aku alami ni semua real feelings.
Okay la panjang sangat dah ni. Cerita semua ni bukan rekaan. Tak ada masa aku nak reka cerita2 ni aihh. Cerita aku ni kawan2 aku dalam 6-7 org je tahu haha. Love my friends. Aku cerita sekadar hiburan. Terima kasih.