Sering Tidur Bersama & Suka Peluk, Anak-Anak Puji Layanan Watie Hanifiah Sama Seperti Arwah Siti Sarah

Hiburan

Sering Tidur Bersama & Suka Peluk, Anak-Anak Puji Layanan Watie Hanifiah Sama Seperti Arwah Siti Sarah

Kasih sayang daripada seorang ibu sememangnya satu perkara yang sangat diperlukan buat anak-anak dan dengan kehadiran Watie Hanifiah dalam hidup keluarga Shuib telah memberi peluang buat anak-anaknya merasa kasih sayang seorang ibu setelah kehilangan ibu kandung, Allahyarham Siti Sarah pada tahun 2021.

Anak-anak suka tidur bersama, gembira ada ibu

Menurut Watie atau nama sebenarnya, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, anak-anak Shuib sangat gembira dengan kehadirannya dalam keluarga mereka.

Advertisement

Bahkan, difahamkan anak-anak Shuib sering kali tidur bersama ibu tirinya kerana merindui pelukan seorang ibu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Kelakuan Watie sama seperti arwah Siti Sarah

Dalam pada masa yang sama, anak-anak juga pernah berkata kelakuan Watie yang sangat menjaga pemakanan mengingatkan mereka kepada arwah Siti Sarah kerana itulah yang sering dilakukan oleh ibu kandung mereka.

Saya hanya akan beri mereka makanan ringan, minuman gas, air manis sebulan sekali dan itulah persamaan yang pernah disamakan oleh anak-anak.

Sekadar info, Shuib dan Watie telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 23 Jun 2023. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Shuib selepas kehilangan isteri pertama, Allahyarham Siti Sarah akibat jangkitan COVID-19.

watie hanifiah
7 months ago

"Dia Orang Semua Manja.." - Watie Hanifiah Reda Jika Tiada Rezeki Anak Sendiri, Anak Tiri Dah Cukup

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...