Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sering Tidak Menepati Masa, Siti Elizad Berang Dengan Perangai Seorang Pelakon Baru, Siapakah?

Aktress dan juga penyampai radio Sinar FM, Siti Elizad,36, meluahkan rasa ‘bengang’  terhadap seorang pelakon baru yang tidak menepati masa ketika di set penggambaran.

Menurutnya, bukan isu pelakon veteran atau pelakon lama, tapi masalahnya perbuatan itu telah mengganggu kerja orang lain.

Advertisement

“Ada seorang pelakon baharu ni, baru nak berjinak-jinak dalam dunia lakonan dah buat hal datang lambat. Sebenarnya bukan soal baru atau lama. Kita sama-sama cari rezeki. Ini pasal tak hormat calltime orang lain,”

View this post on Instagram

Salam Jumaat kesayangan ku semua . Dah bfast ke tueee ? Kite dah ready bekerja . ? Jgn lupa malam ni okayhhh “ Apa Ada Dengan Dot Dot Dot “ Astro Ria jam 9 mlm . Korang ade masalah cinta meh share ngan kite ! Kite jadi Dr Love ! ? Anyway , sape free esok ? Angkat tangannnnnn ! ? Teman kite shooting boleyyyy ? . Outfit @melindalooirtw Accessories @monki Stylist @nana.chahh Makeup @mizqa_juman #hosting #apaadadengandotdotdot #astroria

A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on

 Ketika dihubungi Gempak, pelakon drama Puteri Yang Ditukar itu menegaskan dia bukanlah ingin berlagak sebagai seorang diva atau senior dalam industri hiburan tanah air. Siti Elizad juga berkata perkara itu haruslah disedari sendiri oleh si pelaku kerana ianya berpunca dari sikap tidak berdisplin.

View this post on Instagram

Bukan Izzah tapi Inarah , bukan Harriz tapi Hamzah . ?? Kami bergabung semula dlm Jalan Sesat Ke Syurga . Encemmm hero aii nih . Abg @aarondwiaziz Wink ! . #jalansesatkesyurga #34eps #Astroprima #comingsoon @nuansafilm_official @elizad_team @aaronatorsfc @bambam_studios

Advertisement

A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on

Menurutnya lagi, untuk menjadi seorang pelakon yang berjaya, artis baru seharusnya tidak mempunyai banyak alasan untuk datang lambat ke set penggambaran. Dia juga berasakan bahawa sikap tersebut merupakan masalah yang datang dari diri sendiri.

“Tolong la hormat calltime orang lain, nak berjaya dalam hidup biasakan bangun awal dan jangan cari masalah kat tempat kerja. Saya sendiri amalkan kalau masa kerja mesti datang sejam awal atau setengah jam sebelum,”

Siti Elizad yang sebelum ini ada memuat naik entri berbaur kekesalan mengenai seorang artis baru yang sering datang lewat di laman ig storiesnya. Namun siapakah individu terbabit tidak pula didedahkannya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. France

    July 7, 2020 at 12:40 am

    Prob with malaysian mindset or norm, instead of blasting it through social media why not tell it off directly to that person instead? This unnecessary statement made to the public just goes to show that you are trying to bring down that person, aren’t you acting equally unprofessional as well? This is a classic case if the pot calling the kettle black.

  2. Anonymous

    July 6, 2020 at 9:57 am

    Buat undang2 saman kaw2 saper dtg lambat

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top