Written by Bella | December 10th, 2018

Bermula sebagai medium media untuk memberikan ulasan produk kosmetik di Jepun pada tahun 1999, @cosme kini merupakan satu laman web reviu dan maklumat kecantikan terbesar di Asia. Bersesuaian dengan statusnya, pada setiap tahun, anugerah “@cosme The Best Cosmetics Awards” anjuran @cosme sentiasa dinanti-nantikan oleh pengguna produk kosmetik seluruh dunia. Ini kerana @cosme dikenali sebagai sebuah laman web yang memberikan informasi adil, tepat dan neutral.

Untuk tahun 2018, keputusan “@cosme The Best Cosmetics Awards” telah pun diumumkan pada 3 Disember lalu. Sebagai makluman, senarai pemenang telah dipilih berdasarkan review daripada ahli @cosme di Jepun berdasarkan produk kosmetik yang dijual di negara itu. Ia adalah keputusan yang telus, tepat dan tiada keraguan.

Berdasarkan 717, 631 reviu dan jumlah produk sebanyak 43,578, pemenang hadiah UTAMANYA tidak lain tidak bukan ialah:-

HADIAH UTAMA – Opera Lip Tint

gambar credit Shin Igarashi

Opera Lip Tint menerima sambutan paling memberangsangkan daripada pengguna di @cosme. Produk itu yang didatangkan dengan harga mampu milik dan memiliki ciri-ciri seperti ‘kelembapan, warna tahan lama dan pemakaian yang selesa’ mendapat markah tinggi sebagai pewarna bibir.

Warna terhad Opera Lip Tint yang dikeluarkan satu persatu telah menarik perhatian dan mendapat sambutan hangat daripada pengguna sepanjang 2018. Senang cakap, ia adalah produk yang paling laku di Jepun untuk tahun 2018.


Sementara itu tempat kedua dan tempat ketiga pula masing-masing menjadi milik Excel’s Skinny Rich Shadow dan juga FANCL Mild Cleansing Oil.

Khas untuk kaum Hawa yang mahukan produk kosmetik TERBAIK buat diri anda, di bawah ini Abang Nara senaraikan pemenang-pemenang bagi beberapa kategori bagi memudahkan anda membuat pilihan. Kesemua produk-produk ini ada dijual di Malaysia. Kalau nak lihat lebih banyak lagi senarai pemenang, boleh layari @cosme, LIKE Facebook @cosme.my dan juga follow Instagram @cosme.my.

1. Best Eyeliner
Dari mata jatuh ke hati, begitulah pentingnya ‘eyeliner’ yang dapat menyerlahkan kejelitaan mata anda. Mata yang tampak, jelas dan bersinar pasti akan membuatkan anda menjadi seorang yang sedap dipandang. Silap-silap ada yang terus jatuh cinta. Jadi pastikan bermula tahun depan anda menggunakan salah satu daripada 3 produk yang telah memenangi “@cosme The Best Cosmetics Awards” ini. Barulah mata anda akan kelihatan superb!!!

Tempat Pertama – FLOWFUSHI Mote Liner Liquid

Tempat Kedua – dejavu Lasting-Fine a Cream Pencil

Tempat Ketiga – KATE Double Line Expert

2. Best Cushion Foundation

Untuk mendapatkan solekan yang sempurna, wajah anda haruslah terlebih dahulu diletakkan dengan foundation terbaik. Tugas foundation ini membolehkan wajah anda disolek dengan lebih mudah serta pantas. Lebih berkesan foundation, lebih terserlahlah kejelitaan wajah anda. Jadi tunggu apa lagi? Pilih je salah satu daripada Top 3 “Best Cushion Foundation” di bawah untuk menyempurnakan solekan anda.

Best-in-Category-Jessie

Tempat Pertama – Maybelline SP Cushion Ultra Cover Cushion BB

Tempat Kedua – Missha M Magic Cushion SPF50+/PA+++

Tempat Ketiga – Lancome Blanc Expert Cushion High Coverage Refill SPF50+/PA+++

3. Best Toner & Lotion

Mendapatkan kulit wajah yang licin, sekata dan sempurna bukanlah satu perkara yang mudah. Ia bermula daripada penggunaan toner dan lotion bagi memastikan kulit anda lebih sihat serta segar dari dalam. Ramai yang kulit rosak kerana gagal menjumpai toner dan lotion yang sesuai untuk wajah mereka. Selepas ini tiada lagi alasan untuk anda gagal menjaga kulit wajah kerana 3 toner dan lotion ini pastinya berkesan untuk anda. Sila pergi beli hari ini juga!!

Tempat Pertama – naturie Hatomugi Skin Conditioner

Tempat Kedua – MUJI Sensitive Skin Toning Water-Moisture

Tempat Ketiga – ACSEINE Moist Balance Lotion

Banyak lagi kategori-kategori yang dipertandingkan seperti Best Cleansing, Best Syampu/Conditioner, Best Fragrance dan Best Eyeshadow. Sudah pasti dengan pengumuman para pemenang “@cosme The Best Cosmetics Awards 2018” ini, ia akan memudahkan para wanita memilih produk kosmetik terbaik untuk wajah mereka. Diharap pada tahun akan datang, @cosme akan menganjurkan anugerah ini untuk pasaran Malaysia juga. Barulah lebih mantap, best dan sesuai dengan kita. Untuk maklumat lanjut, sila layari @cosme

PENAFIAN: Keputusan “@cosme The Best Cosmetics Awards 2018” adalah berdasarkan reviu yang telah dihantar oleh ahli @cosme Jepun bermula dari 1/11/2017 sehingga 31/10/2018. Harap maklum bahawa bahan-bahan yang digunakan di dalam produk-produk yang telah memenangi anugerah ini berkemungkinan berbeza antara Jepun dan Malaysia. Sila pastikan anda membaca senarai bahan-bahan di produk-produk untuk update terkini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Comment

Optional