Sering Terima Mesej Peribadi Dari Golongan Sejenis, Fify Azmi Bertegas Minat Lelaki

Hiburan

Sering Terima Mesej Peribadi Dari Golongan Sejenis, Fify Azmi Bertegas Minat Lelaki

Sebenarnya kita tidak boleh menebak mengenai hal peribadi seseorang hanya daripada imej luarannya. Sama seperti pelakon Fify Azmi yang kerap dituduh mempunyai keinginan ‘terpesong’ kerana gayanya.

Dek selalu membawa watak yang lasak dan selesa bergaya rambut pendek, wanita itu sering diganggu dengan mesej peribadi daripada golongan yang meminati kaum sejenis.

Advertisement

Jelas Fify kepada Harian Metro, ramai yang menebak bahawa dia cenderung terhadap golongan sedemikian oleh kerana penampilan yang dibawa ketika berlakon.

“Ramai individu yang meminati kaum sejenis menghantar mesej peribadi di Instagram saya. Perkara ini berlaku sejak saya membintangi filem Wira sehinggalah beberapa drama yang memerlukan saya berambut pendek.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fifyazmi (@fifyazmi)

Malah pelakon wanita itu sempat menegaskan bahawa dia menyukai lelaki.

“Mereka ingat saya seperti mereka, tapi hakikatnya saya menyukai lelaki. Ramai yang beranggapan begitu tapi siapa yang mengenali tahu saya bukan seperti itu.”

Pun begitu, Fify menjelaskan bahawa situasi yang dialaminya itu adalah lucu.

“Saya tak marah atau menghina mereka sebaliknya saya anggap ia satu benda yang lucu. Walaupun mereka cuba mengganggu saya di mesej peribadi tapi saya tidak layan. Saya harap dengan penjelasan ini mereka sedar yang saya adalah ‘straight’.”

fify azmi

Buktinya Fify mempunyai tarikan hebat, betul tak?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...