March 24th, 2015

Teknologi jika disalahguna memang boleh membawa padah. Lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak yang belum pandai membezakan yang baik dan yang buruk. Dengan akaun sosial berasaskan Internet seperti Instagram, Facebook dan laman-laman web, kanak-kanak terdedah kepada bahaya terutama kandungan berunsur lucah. Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memantau apa yang sepatutnya. Kecewa sering menerima komen lucah dan biadap daripada kanak-kanak, Nora Danish selaku seorang ibu tampil memberi nasihat untuk ibu bapa di luar sana.

nora danish

Dengan jumlah pengikut melebih 1 juta, Abang Nara pasti Nora Danish rasa sedih apabila membaca komen-komen yang tidak masuk akal daripada mereka yang sebaya dengan anaknya. Selaku seorang ibu, pasti ini amat menyedihkan. Tulis Nora Danish panjang lebar:-

nora danish

Sejujurnya ibu bapa memang wajib memantau aktiviti Internet anak mereka. Kadangkala depan kita nampak baik tengok YouTube kartun dan sebagainya, namun apabila kita tak tengok, banyak benda lain yang tak sewajarnya turut sama dijadikan tontonan. Nasihat Nora Danish ini memang diambil berat. Sama-samalah kita lebih bertanggungjawab. Apa pendapat anda?

nora danish

P.S: Jom shopping fashion terkini di www.iziefashion.com :) all items ready stock. FREE POSTAGE untuk order RM150 dan ke atas. harga pastinya berpatutan dan anda pasti akan berpuas hati dengan produk dan servis yang ditawarkan. lebih banyak design yang pasti membuatkan anda rambang mata di website ^_^. Follow @iziefashion di instagram sekarang :)


Comments are closed.

Loading...