Sebelum ini, pempengaruh media sosial iaitu Ubai telah mengesahkan bahawa dia dan penyanyi, Shila Amzah mempunyai hubungan istimewa.
Menurut Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, mereka mula rapat sejak tahun lalu selepas Shila melalui fasa sukar dalam kehidupannya iaitu penceraian bersama bekas suami, Haris Idraki Elias.
Baru-baru ini, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila binti Amir Amzah turut memuat naik sebuah hantaran video percutiannya di sebuah hotel mewah di Penang.
Namun, apa yang menjadi perhatian netizen ialah ruangan kapsyen penyanyi berusia 32 tahun itu.
Menerusi ruangan kapsyen tersebut, Shila memaklumkan bahawa percutiannya ke Penang merupakan percutian pertama selepas sah bercerai.
My first trip in Penang after my divorce.
Bukan itu sahaja, anak kepada anak kepada penyanyi terkenal 80-an iaitu ND Lala itu turut dilihat memasuki bilik hotel sambil menari dengan diiringi lagu Flowers oleh Miley Cyrus.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bagaimapun meluahkan rasa kurang senang apabila Shila kerap menggunakan perkataan ‘bercerai’ dan mengaitkan semua perkara dengan kisah penceraiannya kerana menganggap perkara itu ‘tidak perlu’.
Namun, ada juga pengguna media sosial yang mempertahankan Shila kerana menganggaap tiada salahnya untuk menyebut status sudah bercerai bagi mengelakkan fitnah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.