Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sering Sebar Kebaikan Vaksin, PU Amin Dituduh ‘Freemason’ Bayar RM20K

PU Amin

Akibat seringkali menyebarkan kebaikan dan keperluan mengambil vaksin COVID-19, Pencetus Ummah (PU) Amin kini menerima tuduhan yang lebih berat apabila ada pihak menuduhnya dibayar oleh pertubuhan Yahudi atau dikenali sebagai freemason.

Advertisement

Hal tersebut telah didedahkan oleh pendakwah itu sendiri di Instagram Storynya sebentar tadi.

Ada yang kata saya dibayar oleh freemason dengan harga RM20,000

IG Story PU Amin

Dalam pada itu, beliau hanya berkata ia merupakan tanggungjawabnya sahaja untuk menyampaikan manfaat berkaitan dengan vaksin dan ia juga mengikut saranan ilmuan agama serta perubatan.

Bila kita ni jahil (termasuk saya) maka kita ikut saranan ulama dan pakar perubatan.

Sebelum ini, PU Amin menjadi perhatian orang ramai apabila beliau memuat naik sebuah hantaran di Instagramnya memaparkan sijil vaksin berusia lebih 120 tahun yang dipercayai dikeluarkan pada zaman empayar Turki Uthmaniyah.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top