Sejak kebelakangan ini, kita sering lihat pelakon Didie Alias mengenakan turban bukan? Ini mencetuskan tanda tanya dikalangan peminat adakah Didie sudah hampir ke arah untuk berhijab sepenuhnya.
Tidak mahu peminat terus salah faham, Didie memberitahu beliau memakai turban hanya ketika mempromosikan jenama tudung anaknya. Didie tidak mahu hipokrit dan menjelaskan beliau belum lagi ke arah untuk berhijab tetapi meminta orang ramai mendoakannya untuk menutup aurat satu hari nanti.
Memang saya muncul dengan turban ini setiap kali mahu mempromosikan tudung anak saya. Belum ke arah itu lagi, tetapi doakanlah yang baik-baik. Dalam waktu yang sama, saya juga tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit, biarlah jika suatu hari nanti saya pakai tudung ia berkekalan terus tidak mahulah pakai lepas itu buka.
Jika anda perhatikan, anak-anak perempuan Didie semuanya bertudung. Oleh itu, ada segelintir pihak yang membandingkan Didie bersama anak-anaknya dan turut mengkritk beliau.
Walaubagaimanapun, Didie tidak kisah dengan kata-kata negatif yang beliau terima di media sosial kerana anak-anaknya sering memberikan sokongan terhadap beliau. Didie yakin satu hari nanti beliau akan menutup aurat juga.
Bagi saya apa yang penting adalah didikan yang diberikan kepada anak-anak. Buat masa ini memang anak-anak juga tidak pernah memaksa saya, namun saya tahu jika suatu hari nanti hati sudah terbuka untuk bertudung tentunya mereka akan menjadi orang pertama yang bersyukur.
Selain itu juga, saya tidak mahu ambil pusing apa juga yang mahu disampaikan orang luar kepada saya, kekal positif adalah cara yang baik untuk saya kini.
Menutup aurat memang wajib bagi setiap wanita Islam, namun kalau kita hendak seseorang itu berubah ke arah lebih baik, janganlah lemparkan kata-kata negatif kepadanya. Doakan sahaja Didie dibuka pintu hatinya untuk berhijab.