Sering ‘Menggila’ Di Media Sosial, Bacaan Al-Quran Mimi Peri Buat Ramai Tergamam

Trending

Sering ‘Menggila’ Di Media Sosial, Bacaan Al-Quran Mimi Peri Buat Ramai Tergamam

Bagi anda yang gemar menonton video-video parodi, anda pasti mengenali sosok ‘Mimi Peri’ ini iaitu seorang bintang terkenal di media sosial. Penampilannya yang ‘menggila’ dalam melakonkan watak Mimi Peri sering membuatkan pengikutnya ketawa tidak kering gusi sehingga berjaya meraih lebih daripada satu juta pengikut di Instagram.

Untuk pengetahuan anda, dengan hanya membuat video parodi di media sosial, kini pemilik watak Mimi Peri ini telah berjaya memperbaiki ekonomi keluarganya setelah mendapat banyak tawaran endorsement di Instagram.

Advertisement

Dia juga mengaku bahawa dirinya berasal dari kayangan yang suka menyapa makhluk bumi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mimi Peri Rapunchelle (@mimi.peri) on

Namun, siapa sangka disebalik watak lucu yang sering ditampilkan dalam media sosial, Mimi Peri juga mempunyai sisi lain yang boleh dikagumi iaitu dia boleh mengalunkan ayat suci Al-Quran dengan cukup merdu.

Buat ramai terpegun!

Rakaman berdurasi kurang dari 10 minit ini kelihatan Mimi Peri atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani terlihat sangat menghayati bacaannya. Dia juga tampil bersahaja dalam mengenakan t-shirt hitam dan berkain pelikat.

Banyak pujian yang diberikan oleh netizen setelah melihat video Mimi Peri membaca Al-quran tersebut.

“Ngaji pandai.”

komen

“Sedap suara dia.”

Komen

Memang tak disangka, sebab itu kita tidak boleh menilai orang dari luarannya saja. Apa pendapat anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...