Pelakon dan penyanyi, Adibah Noor meluahkan perasaannya tentang sikap segelintir pekerja yang kurang peka dalam mengutamakan soal kualiti kerja tidak setimpal dengan gaji yang mereka peroleh.
Ujar Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor binti Mohamed Omar, para pekerja tidak seharusnya mengeluh apabila majikan memberikan sesuatu kerja untuk dilakukan.
Cuba berfikir daripada sudut pandangan seorang majikan yang sentiasa bertungkus lumus untuk memastikan perniagaan mereka usahakan berjalan dengan lancar dan sempurna.
https://twitter.com/adibahnoor/status/1454988997827063812
Perkara tersebut turut dikongsikan oleh Adibah menerusi satu ciapan di Twitter untuk tatapan semua peminat dan pengikutnya di laman media sosial itu.
Tambah Adibah lagi, para pekerja dibayar gaji oleh majikan untuk bekerja namun terdapat sesetengah pekerja yang selalu mengeluh kerana kerja itu susah.
Menurut penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu, sekiranya pekerja sentiasa bercakap tentang soal susahnya kerja, majikan pula perlu memikirkan tentang aliran keluar masuk wang dalam syarikat bagi memastikan gaji pekerja tidak terabai.
Kalau kita boleh buat semua tu, jadilah bos.
Meninjau ke ruangan komen ciapan Adibah itu, rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka masing-masing berhubung kenyataan yang dikongsi olehnya.
Sekadar info, Adibah bakal membintangi sebuah drama terbaru yang berjudul Keluarga Untuk Disewa yang turut menampilkan pelakon hebat seperti Pekin Ibrahim, Fimie Don, Azhan Rani dan ramai lagi.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.