Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sering Menerima Kritikan, Dolla Kekal Positif, Anggap Dugaan Sebagai Anak Seni

Dolla

Kemunculan kumpulan Dolla di persada industri hiburan tanah air secara serius sudah menghampiri dua tahun dan pencapaian diperoleh mereka agak positif dan kini terus mendaki puncak kegemilangan.

Advertisement

Dilancarkan baru-baru ini, single Berani lebih mengisahkan perjuangan wanita yang sentiasa tabah dan kental dalam berhadapan dugaan hidup berliku. Bahkan, kejayaan juga tidak mudah diperoleh tanpa usaha.

Kata Dolla kepada Harian Metro, single Berani itu lebih kepada menyebarkan vibe positif untuk golongan wanita di negara ini, malah ia juga diakui cukup membawa makna besar buat mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DOLLA (@dolla.official)

Advertisement

Dolla yang dianggotai oleh  Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel berkata single terbaru mereka ini adalah sebahagian daripada kisah perjalanan kerjaya seni Dolla yang tak lepas kritikan kerana itu ia amat bermakna buat mereka.

Dolla turut melakar sejarah dalam pencapaian karier seni apabila mendapat Anugerah Platinum untuk Best Selling Single, bagi lagu Impikan yang sudah distrim lebih 200,000 penggemar muzik masa kini.

Dolla

Sekadar info, muzik video Berani yang dilancarkan pada 24 September lalu di saluran YouTube Dolla, sehingga kini sudah mencatat lebih 382,000 tontonan dengan 15,000 komen pendengar serta berada di kedudukan nombor 23 trending muzik Malaysia.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    October 6, 2021 at 6:57 am

    Acah2 kimchi.. tapi nasi lemak.. baju pulak pelik2.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top