Sering Kongsi Foto Seksi Di Laman Sosial, Pelakon Baru Scha Elinnea Mengaku Sering Diganggu Lelaki Berstatus Suami Orang

Hiburan

Sering Kongsi Foto Seksi Di Laman Sosial, Pelakon Baru Scha Elinnea Mengaku Sering Diganggu Lelaki Berstatus Suami Orang

Pelakon baru, Scha Elinnea mengakui dia sering menerima mesej serta gambar lucah daripada individu yang bergelar suami orang.

Advertisement

Menurut Scha, komen-komen tersebut dibuat di atas foto-foto gambarnya yang dimuat naik di media sosial miliknya seperti Instagram. Meskipun mengakui sering memaparkan foto seksi, pemilik nama Natasha Mohamed Mubeen ini menganggap komen yang dilemparkan itu masih tidak melampaui batas namun dia tetap berhati-hati apabila berada di luar rumah.

View this post on Instagram

Absolut PC Makeup by @kakpaten_kp @absolutmanagement #syomirizwagupta #fnxguptahomme #faisalnasimuddin #colourblocking

A post shared by Scha Elinnea (@schaelinnea) on

“Tidak dinafikan saya kerap dapat gangguan. Boleh dikatakan setiap minggu saya dapat gambar lucah di Instagram daripada orang yang berkahwin dan ada juga yang masih bujang. Ramai lelaki berstatus suami orang pun ajak saya keluar. Tapi buat masa sekarang, saya tak pernah lagi dapat mesej yang melampau sangat. Pernah juga dapat komen yang kata kalau kena rogol, sia-sia saja. Bila saya tengok mesej macam tu, saya akan lebih berhati-hato bila keluar. Saya akan keluar bersama keluarga, lebih selamat,”

Dia yang ditemui dalam sebuah sidang media di Bangsar, Kuala Lumpur itu turut mengulas lanjut mengenai perkaitan berpakaian seksi dengan isu rogol. Bagi pelakon drama bersiri Tuan Danial ini, pakaian yang seksi bukanlah punca utama kes rogol namun ianya disebabkan masalah mental seseorang individu.

View this post on Instagram

minds need fixing @goldenhourmy

A post shared by Scha Elinnea (@schaelinnea) on

View this post on Instagram

Rise and shine? @goldenhourmy

A post shared by Scha Elinnea (@schaelinnea) on

 Menurutnya lagi, ada juga wanita yang menutup aurat sepenuhnya namun masih menjadid mangsa rogol. Namun, dia tampil untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak dan menganggap kes-kes seperti itu terjadi disebabkan oleh nafsu dan akal yang tidak boleh dikawal dengan sebaiknya.

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...