Sudah masuk tahap ke 2 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun masih ada lagi yang berdegil untuk keluar sesuka hati. Kali ini, undang-undang lebih ketat dan pihak berkuasa telah memaklumkan bahawa hanya seorang sahaja wakil ahli keluarga dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan atau ubat sahaja.
Namun, hangat diperkatakan kini apabila jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang dilihat masih kesana kesini, berulang-alik dari Janda Baik, Pahang ke Kuala Lumpur, sedangkan pihak kerajaan sudah pun mengeluarkan arahan bahawa rakyat tidak boleh pegi ke mana-manta tempat melebihi radius 10 kilometer (km) dari kediaman masing-masing.
Malah, anak-anaknya juga yang sebelum ini tinggal bersama Datin Seri Nur Shahida kini bersama dengan bapa mereka.
“Degilnya ingkar PKP, macam mana boleh lepas?”
Rata-rata netizen bengang dengan sikap degil Aliff yang didakwa mengingkar arahan PKP. Mereka mempertikaikan tindakannya, tidak adil untuk rakyat lain yang patuh duduk di rumah, tetapi usahawan itu pula boleh pergi ke mana-mana sahaja dan tidak ditahan oleh pihak berkuasa.
Kami harap Aliff ada penjelasan kukuh disebalik tindakannya itu. Dalam keadaan genting ini amat penting untuk kita mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan demi keselamatan bersama.
Apa-apa pun, harapnya orang ramai terus mengikuti arahan sepanjang tempoh PKP 2 ini. Kalau tiada urusan penting, duduk rumah sahaja agar kita dapat segera memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.