Penyampai radio dan juga pelakon, Sharifah Shahirah ataupun lebih dikenali sebagai Shiera Ijoy baru-baru ini mendedahkan sisi lain ibu saudaranya, aktress Sherry Alhadad.
Kredit foto : Astro Gempak
Jarang sekali kita melihat Sherry tampil atau muncul dalam keadaan sedih di kaca televisyen namun Shiera mengakui dirinya kagum dengan ketabahan saudaranya itu.
Menurut Shiera, ramai yang melihat Sherry sebagai seorang yang tenang dan ‘happy-go-lucky’ kerana sering menghiburkan penonton dan orang ramai.
Namun di sebalik sikap positif yang ditunjukkan Sherry, sebenarnya dia menyimpan seribu satu kisah suka duka yang tersimpan rapi dalam dirinya.
“Bapa dia meninggal semasa dia berusia 9 tahun. Tapi ibunya tak pernah langsung menghubungi kami atau saudara-mara untuk minta bantuan.Tetapi bagi Sherry… Ya Allah saya tidak perasan sebelum ini situasinya bagaimana kerana terlalu sibuk dengan kerja,”
Tambah Shiera lagi, kini dia bersyukur kerana Sherry semakin menyinar dalam dunia seni.
“Kini baru saya perasan Tuhan tolong dia, cantik perjalanannya. Ibu dia tak minta bantuan untuk besarkan anak-anak. Orang hentam-hentam tapi mereka tidak tahu situasi sebenar yang perlu ditempuhi seseorang dalam kehidupan mereka,”
Shiera dan Sherry yang ditemui dalam sebuah program temubual Rumah 107 yang dihoskan oleh Khir Rahman di saluran TV Astro Warna dan Astro Go.
Sumber : Astro Gempak