Sering ‘Jerit’ Atas Pentas Sebab Tuntutan Watak, Tapi Ramai Menyampah Cara Rahim Sepahtu Melawak?

Hiburan

Sering ‘Jerit’ Atas Pentas Sebab Tuntutan Watak, Tapi Ramai Menyampah Cara Rahim Sepahtu Melawak?

Sebelum ini, pelawak Rahim Sepahtu ada memaklumkan bahawa dia bukan sengaja untuk menjerit-jerit di atas pentas semasa melakukan sketsa tetapi itu semua adalah tuntutan watak.

Malah, Rahim turut berkata jika ada sesetengah netizen kurang senang dengan caranya itu, maka watak yang dibawa memberi kesan kepada penonton.

Advertisement

Tetapi kebanyakkan netizen tidak bersetuju pula dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelawak terbabit dan merasakan perwatakan itu bukanlah sekadar ‘tuntutan watak’ saja, sebaliknya memang diri dia yang sebenar.

Hal terbabit dapat dilihat di ruangan komen hantaran pihak mStar di laman Facebook.

komen netizen

Netizen rata-ratanya mendakwa Rahim hanya mahu cover line sedangkan jeritan yang sering dibuat itu sememangnya cara dia melawak.

Biarpun, ramai yang mengecam Rahim, ada juga sesetengah netizen menyokong cara pelawak itu melawak dan menyukai caranya jika hendak dibandingkan dengan pelawak lain.

Sekadar info, Rahim akan bersama Jep, Pak Ya dan Ebby Yus dalam Sepahtu Reunion Live Tour di tiga lokasi berbeza iaitu Johor, Terengganu dan Kedah yang sudah bermula sejak semalam.

2 years ago

"Tak Payah Lah, Tak Kelakar Pun" - Dituduh Lupa Diri, Netizen Tak Kisah Shuib Enggan Sertai Sepahtu Reunion

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...