Sudah beberapa kali gagal dalam percintaan dan terbaru putus tunang bersama bekas ratu cantik, Gabriella Robinson pada bulan Oktober lepas, Datuk Hans Isaac akui pintu hatinya sudah tertutup buat masa ini dan hanya ingin fokus kepada kerjayanya. Hans juga lebih gemar untuk bercuti ke luar negara dan melupakan segala kedukaan beliau.
Hanya keluarga dan kawan-kawan sahaja yang tahu betapa patahnya hati saya selepas putus tunang. Memang sukar menerima hakikat itu, tetapi saya kena teruskan juga kehidupan. Disebabkan itu, saya lebih suka pergi bercuti ke luar negara.
Saya memang tidak mahu jumpa orang dan seboleh mungkin enggan berada di ibu negara. Pintu hati saya sudah tertutup buat masa ini untuk mencari pengganti.
Tidak mengapalah, bak kata pepatah masa akan sembuhkan segala duka dan luka didalam hati. Mungkin lebih baik sendiri dan siapa tahu pada masa hadapan ada wanita yang betul-betul sesuai untuk Hans.