Sering Disisihkan Semasa Kecil? Ini 11 Ciri Yang Mungkin Terbawa Sampai Dewasa

Gaya Hidup

Sering Disisihkan Semasa Kecil? Ini 11 Ciri Yang Mungkin Terbawa Sampai Dewasa

Seorang ahli psikologi telah menghuraikan 11 ciri khusus yang dipercayai akan terbentuk dalam diri seseorang apabila mereka membesar sebagai orang dewasa jika mereka sering ‘disisihkan’ sewaktu zaman kanak-kanak.

Tidak dapat dinafikan, membesar bukanlah sesuatu yang mudah.

Advertisement

Sering disisih jejaskan kesihatan mental

kanak-kanak disisihkan

Walaupun korang mungkin ada kawan baik dan keluarga yang menyokong, tetap akan ada perkara yang buat korang tertekan, kecewa atau susah untuk tidur pada waktu malam dan salah satunya adalah disebabkan oleh disisihkan oleh rakan sebaya.

Memetik laporan Unilad, Dr. Alexandra Stratyner, seorang ahli psikologi klinikal berkata, pengalaman zaman kanak-kanak boleh memberikan kesan besar kepada kita seumur hidup kerana ia merupakan fasa perkembangan yang sangat penting.

Bercakap kepada Parade, beliau berkata disisihkan ketika kecil boleh menyebabkan rasa sunyi, sedih, marah, hilang keyakinan diri dan cemas.

Jika perasaan ini tidak ditangani, ia boleh berlarutan hingga dewasa dan menjejaskan kesihatan mental.

Berpandukan kepada itu, Dr. Stratyner telah menyenaraikan 11 ciri dewasa yang berkait rapat dengan pengalaman sering disisihkan semasa kecil.

  • Merasakan diri adalah masalah

Disisihkan dari majlis hari jadi atau ajakan ke taman boleh buat seseorang rasa merasakan diri mereka tidak cukup baik.

Menurut Dr. Brandy Smith, kurangnya interaksi sosial sewaktu kecil bermakna seseorang tidak banyak ‘data sosial’ untuk belajar cara berinteraksi, lalu rasa tidak yakin pun timbul.

  • Lebih menghargai kesetiaan

kanak-kanak cuba berkawan

Apabila pernah disisihkan, kanak-kanak akan cepat kenal siapa kawan sebenar. Mereka belajar untuk menjadi setia dan menghargai hubungan.

  • Lebih peka terhadap orang lain yang disisihkan

Mereka lebih mudah memahami perasaan orang lain dan mempunyai empati yang tinggi terhadap sesiapa yang terpinggir.

  • Cenderung untuk menjadi ‘perfectionist’

Kerana mahu diiktiraf dan dilihat ‘bernilai’, ada yang cuba terlalu keras untuk jadi sempurna agar tidak dipinggirkan lagi.

  • Lebih kreatif

kanak-kanak main muzik

Kurang interaksi sosial mungkin boleh memberi lebih ruang untuk berimaginasi dan mengasah kreativiti seperti menulis, membaca atau bermain muzik, hobi yang mungkin akan kekal sehingga mereka dewasa dan boleh membantu mereka untuk brainstorm idea atau cari jalan penyelesaian untuk sebarang masalah.

  • Rendah diri dan ragu-ragu

Rasa seperti tidak dialu-alukan boleh membuat seseorang sentiasa mempertikaikan nilai diri dan takut untuk bersuara.

  • Sangat berusaha untuk membina hubungan

Ada yang terlalu mencuba untuk bergaul supaya tidak disisihkan lagi, sehingga mungkin terlalu bergantung pada hubungan sosial.

  • Perlukan ‘validation’ daripada orang sekeliling

Rasa ‘tak cukup bagus’ sejak kecil boleh menjadikan seseorang dewasa yang sangat perlukan validasi dari orang lain.

  • Memilih untuk bersendiri

Ada yang sengaja menjauhkan diri kerana sudah terbiasa disisihkan. Dr. Smith menjelaskan sekiranya seseorang itu sering dipinggirkan, mereka akan lebih memilih untuk fokus pada diri sendiri dan berada di dalam ‘dunia sendiri’ sama ada dunia imaginasi atau jadi terlalu berdikari, tidak mahu bergantung pada sesiapa.

  • Keinginan terhadap persekitaran yang sangat tersusun dan berstruktur.

Jika seorang kanak-kanak yang disisihkan menemui ketenangan dalam perkara yang mereka kenal, hal ini mungkin akan terserlah apabila dewasa sebagai keinginan terhadap persekitaran yang tersusun dan berstruktur.

  • Menganalisis secara berlebihan.

Kalau semasa kecil korang selalu tertanya macam mana orang lain lihat diri korang , besar kemungkinan korang akan terus bersikap kritikal terhadap diri sendiri apabila dewasa.

Dr. Frank menjelaskan seseorang individu mungkin akan mengalami rasa berjaga-jaga yang berlebihan, sentiasa memerhati tanda-tanda penolakan daripada orang sekeliling.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

Doktor Dedah Realiti Dalam Kalangan Remaja Zaman Sekarang - "Mereka Belum Kena HIV Tapi Dah Dapat Penyakit Kelamin.."
3 hours ago

Doktor Dedah Realiti Dalam Kalangan Remaja Zaman Sekarang - "Mereka Belum Kena HIV Tapi Dah Dapat Penyakit Kelamin.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : UNILAD

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...