Sering Dipersoal, Jinggo Tampil Jelaskan Kenapa Tak Pilih Pelakon Lama Untuk Bawa Watak Opah Aminah

Hiburan

Sering Dipersoal, Jinggo Tampil Jelaskan Kenapa Tak Pilih Pelakon Lama Untuk Bawa Watak Opah Aminah

Setiap kali JS Pictures yang dinaungi oleh Jinggo dan Sheila Rusly menghasilkan naskhah baru, sudah pasti ia akan ditonton oleh ramai orang kerana keunikan plotnya.

Bahkan drama ‘Bukan Gadis Biasa’ yang kini sedang ditayangkan di TV3 sepanjang bulan Ramadan turut menjadi pilihan penonton sehingga ianya trending di laman media sosial setiap kali tayangan.

Advertisement

Pun begitu, sudah beberapa kali drama lakonan Remy Ishak dan Ayda Jebat ini menerima kecaman ramai kerana watak Opah Aminah yang dikatakan tidak nampak realistik kerana efek solekan dan gaya badannya.

sheila rusly opah aminah

Terbaru, seorang individu telah mengajukan soalan dan bertanyakan kenapa tidak menggunakan pelakon lama bagi memainkan watak wanita tua tersebut.

Terkesan dengan kritikan yang diterima, Jinggo telah tampil dan menjelaskan mengapa keputusan untuk menggunakan pelakon lebih muda dibuat untuk menjayakan watak Opah Aminah.

jinggo perjelas watak opah aminah

Katanya, keputusan untuk menggunakan efek solekan bagi ‘menghidupkan’ watak itu dipersetujui semua jabatan yang terlibat dalam menjayakan drama ‘Bukan Gadis Biasa’ ini.

Jinggo menjelaskan bahawa lebih mudah untuk mengenakan solekan kepada individu yang berusia 50 tahun berbanding dengan yang berusia 80 tahun. Tambahnya lagi, pelakon yang terlalu berusia mungkin akan mengalami kesusahan untuk menghafal dialog yang panjang.

jinggo perjelas watak opah aminah

Malahan, perkara itu bukan hanya memberi kesan kepada pelakon tersebut malahan juga mungkin memberi impak kepada pelakon lain dan juga kru belakang tabir yang terlibat.

Bahkan Jinggo tidak kisah mengambil pelakon lama sekiranya babak mereka tidak banyak. Tetapi Opah Aminah yang merupakan figura penting dalam drama ini mungkin akan menyebabkan pelakon berusia berasa lelah untuk membawanya dalam tempoh yang panjang.

Sheila Rusly juga memberikan balasan padu dan meminta sesiapa yang tidak berpuas hati agar tidak menonton drama tersebut kerana nak tak nak, semua perlu melihat wajahnya sebagai Opah Aminah sehingga episod akhir nanti.

sheila rusly opah aminah

Harapnya ramailah yang boleh faham kini sebab disebalik pemilihan Sheila Rusly sebagai Opah Aminah.

Sumber: Forum CARI

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...