Sering Dipandang Hina, Wanita Ini Kongsi Perasaan Apabila Jadi ‘Full-Time Housewife’

Trending

Sering Dipandang Hina, Wanita Ini Kongsi Perasaan Apabila Jadi ‘Full-Time Housewife’

Dalam zaman kegawatan ekonomi pada hari ini, setiap pasangan yang mempunyai tanggungjawab yang besar perlu keluar mencari rezeki.

Advertisement

Setiap hujung bulan, pasti ada sahaja perkara yang perlu dibayar dan dilunaskan tepat pada masanya. Beruntunglah bagi pasangan yang bekerja.

Tetapi bagi yang menjadi full-time housewife ini dipandang hina pula dan sering dilabel ‘tahu goyang kaki’ sahaja.

Realiti sebenar full-time housewife tidak semua akan tahu. Malah hanya tahu menuding jari kononnya mereka ini hanya duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa.

Bagi menjernihkan situasi ini, seorang individu ini dikenali sebagai Mikka Medina menjelaskan dan berkongsi realiti sebenar bergelar full-time housewife.

Ini penjelasan beliau..

Post ini bukan bertujuan riak tapi untuk memberi motivasi bagi wanita khasnya surirumah yang sekapal yang selalu dipandang hina).

Lama dah nak kongsi dengan chuolz. Tapi sibuk tak sempat nak menulis macam dulu tapi kali ni #siscuba. Yang baik korang jadikan teladan, yang tak elok buang ke laut dalam.

Okay, dulu masa buat keputusan untuk berhenti kerja makan gaji dan berhenti belajar, kakak ibarat ditelan mati mak, nak diluah.

Kau bajet ada yang nak dengar luahan ko?

Siapa nak weh dah sedap keje, dah dapat capai impian tapi kena berhenti jadi surirumah?

Dalam kepala masa tu, aku nak buat apa kat rumah? Masak tak pandai, basuh baju lipat baju, sapu sampah sampai sehelai rambut pun tiada di lantai pastu nak buat apa lagi?

Tekanan menghantui diri setiap hari sampai kena telan pil anti depression dan nearly get anxiety dissorder!

Semua orang tahu tau sesangat aku jenis tak penah duduk diam dan tak penah tak kerja.

Daripada sekolah cuti je keje dan bayangkan bila dah biasa tergedik2 macam ulat beluncas tetiba kena dok diam macam timun dalam peti sejuk? How it feels? SAKIT OTAK.

Ditambah pula dengan hutang PTPTPU kena bayar.

Ingat mereka nak kesian ko cakap tak boleh bayar sebab dah tak kerja?

Dan masa tu kakak ada 5 kad kredit. 1 daripada kad tu gold dan satu lagi unlimited. Ko bayangkan dik, macam mana kakak nak bayar?

Tak kan nak suruh suami kakak yang keje makan gaji dengan Pok jib tu bayar? Elok-elok lebat rambut Mr bobo tu terus botak cin nanti. Tapi botak pun seksi apa macam lakinya anzalna. Eh gatey ko timah?

Tapi bukan pasal hutang yang kakak nak koba kek kau.

Its about how biutipul and ohsem to be a housewife! Ohsem tak ohsem ko sendiri yang corakkan dik. Pilih jadi bosan. Bosanlah jadinya. Cukup tak cukup kehendak kau. Itu nafsu sahaja.

Kalau kakak yang bernafsu gajah tatkala bersopink ni boleh redha tak kan kau tak mampu. Tapi sebenarnya kita mampu kalau kita berusaha!

Itu belum lg kau pegi reunion sekolah, reunion universit, .coursemate tanya kau keje kat mana sekarang? Buat Phd kat mana? Aku.. Bla.. Bla.. Kt exxon mobil.. Aku bla..bla.. Dah beli umah ketiga.. Aku bla.. Bla.. Baru balik utopia.

Dia punya sembang sampai kau naik bimbang! Pegilah kau masuk jamban sana nangis mengenang nasib diri. Oh no i shouldnt come here.. Gitu!

Dan itu belum lagi balik kampung. Sedara mara tanya kau kerja apa? Atau kau ikut suami jumpa kawan dia, kawan pula bawak isteri. Bila tanya awak keje apa?

Kita dengan gembiranya jawab suri rumah terus terpampang wajah kejelikkan disitu. Yeahhh muka nk kata. “surirumah jurrrrr” ?n underestimation terus berlaku dan berlaku…n off conversation?

So kat mana ohsem dan biutipulnya kakak jadi surirumah ni?

Keindahan dan ohsem tu hanya akan kau jumpa bila kau redha, sedar diri dan terus menjadi padi. Tunduk2 tapi berisi. Persetankan apa orang nak keji.

Bila mulut tiada insurans start berbunyi “belajar tinggi2 tapi tak keje, sudahnya jadi surirumah je?” Kau balas.. “Talk to the ?? coz this face it aint listening yer makcik!”

Puan2, ada degree, ada master, ada phd, tapi keadaan tak mengizinkan untuk berkerja. Rasa rugi? Takut dicemuh? Membazir belajar tinggi2 katanya?

Soalanku kepada mu ada ke ilmu dalam dunia ni boleh luput?

Apakah dipanggil ilmu kalau sememangnya ia tidak berguna ? Belajar untuk kehidupan bukan hanya untuk dapatkan keje atau dipandang dalam masyarakat.

Dalam masa yang sama, ketahuilah wahai wanita..

Being a housewife is not at the end of our career!

Sebenarnya dekat sini kalau kamu bijak hargai masa n peluang. Kenali pontensi diri dan minat. Jangan pelik daripada hobi boleh buat income 4-5 angka.

Sempoi2 je sambil jaga anak duit masuk tapi macam mana dengan anak?

Anak kecik nak meniaga mcm mana? Anak merengek nak susu? Nak mintak di dukung jer?

Teringat perkongsian daripada seorang sahabat. Katanya sempurnakanlah hak anak dahulu walaupun sesibuk mana pun kita. Insyaallah Dia permudahkan hak dan urusan kita.

Percaya pada Dia, tawakal pada Dia. DIA AKAN BANTU.

Ive known friends of mine yg lebih berjaya selepas jd surirumah. One friend. Grad frm univ of missouri in engineering. Berhenti kerja dan pilih untuk jadi baker with total earning not less than 10k.

Lagi sorang a lady left her pro career. Suka amik gmbar. Sekarang ada pendapatan dalam usd lepas terpilih jadi photographer untuk shutterstock dan ramai lagi suri rumah yang lebih berjaya tanpa slip gaji bulanan.

Untuk apa pay slip? Buat hutang dan lepastu menderita bayar bulan2? Ada duit beli. Tiada duit duduk diam2 tunggu sehingga rezeki kau tiba!

Dan paling kakak benci momokan paling keji ni yang jadi surirumah mesti penah orang bertanya soalan mintak kena terajang dengan boot doc mart aku ni.

“tak takut ke tak keje? Nanti suami buat hal macam mana tiada keje? “

Anda pernah? Dulu mungkinlah kakak ni berkecil hati gundah gulana diasak pertanyaan jahat begini. But after ive seen yg bekerja pun jadi tak boleh keje jadi biol bila laki buat hal.

Yang keje pun duit bagi laki dan tanggung macam-macam hutang tanpa simpanan sendiri? So?

Pokok pangkalnya kekuatan diri dan doalah. Hanya Dia penentu segala. Nasib kita bukan pada telahan manusia yang suka memandai2.

Daripada kita ni melayan cakap2 orang dan sudahnya kita dapat stress, adalah lebih baik kita isi masa kita dengan meniaga. Bila waktu terisi. Ada sahaja nak buat 24 jam bagai tak cukup lagi. Dah boleh guna hashtag #andaingatsayaadamasautksakitkepala?

And lastly..

Diam tak diam dah 7 tahun kakak jadi suri rumah sepenuh masa dan yet i could say that journey of being housewife is still biutipul n ohsem!

Dalam pada tu masih sesambil tu biznes macam-macam dan tak penah malu.

Lebih malu kalau suka meminta2 tanpa berusaha.

So apa ada hal kalau kita ni jual bundle, amik upah buat assigment, draft tender, jadi pemborong kain or florist? Cukuplah utk beli secawan kopi atas hasil titik peluh sendiri(udoh2 ckp aku perabih duit laki weh..hang xtau kdg2 hujung2 bln laki plak dok kenyit2 wallet aku kahkahkah) N the theory surirumah mengharapkan suami semata tu dah tak relevan.

Suami tu kalau diberi pilihan dia pun nak duduk umah jadi surirumah, tau? N ure being too shallow when u look down to the fulltime housewives.U have no idea what the “domestic engineer” could do.. Maybe more than u, perhaps? ?

P/s: Sedikit tambahan, terlupa nak jawab soklan maut ni “jadi surirumah ni memang kena gemuk, memang kena selekeh tak pakai mekap eh?” Well, selagi aku berjalan lemaks2 aku tak menghimpit ko ke dinding atau buat kau terjatuh daripada eskalator 4 tingkat, selagi itulah lelemaks aku tak mengganggu kehidupan ko.. Hahaha

Sumber : Mikka Medinna

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...