Sering Diminta Bawa Lagu Sedih Di Majlis Perkahwinan, Imran Ajmain Akui Serik – “Saya Rasa Berdosa, Majlis Itu Sepatutnya Hari Gembira..”

Hiburan

Sering Diminta Bawa Lagu Sedih Di Majlis Perkahwinan, Imran Ajmain Akui Serik – “Saya Rasa Berdosa, Majlis Itu Sepatutnya Hari Gembira..”

Penyanyi, Imran Ajmain mengakui dia berasa serba salah sehingga sukar untuk melelapkan mata gara-gara diminta menyanyikan lagu sedih di sebuah majlis perkahwinan.

Memetik laporan Kosmo! Online, Imran atau nama sebenarnya Ahmad Imranullah Ahmad Husaini Ajmain berkata, perkara itu berlaku apabila seorang peminat menjemputnya untuk membuat persembahan sempena hari bahagianya dan meminta lagi Dikalung Kasihan dinyanyikan secara langsung.

Advertisement

imran ajmain

Dia memang peminat saya dan jemput ke majlis kahwin. Tapi dia minta saya nyanyikan Dikalung Kasihan. Saya rasa serba tak kena, sebab lagu tu terlalu menyayat hati.

 

Saya tak boleh tidur malam tu sebab rasa bersalah. Saya terfikir, ‘kenapa saya setuju nyanyi lagu ni dekat wedding orang?’.

Kata Imran, meskipun bayaran persembahan dilunaskan dengan baik, keputusan untuk membawakan lagu tersebut terasa janggal dan membuatkannya nekad untuk tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama.

Orang kahwin ni kita datang untuk mendoakan, bukan untuk mengimbau kenangan luka.

 

Walau dia bayar berapa sekalipun dan minta tambah lagu, saya akan pilih lagu lain yang lebih sesuai. Benda ni buat saya fikir panjang.

imran ajmain

Katanya lagi, sejak kejadian itu dia menetapkan pendirian untuk tidak lagi menyanyikan lagu-lagu sedih dalam mana-mana majlis perkahwinan walaupun atas permintaan peminat.

Lepas nyanyi lagu itu, saya betul-betul rasa berdosa. Majlis tu sepatutnya hari gembira, tapi saya datang bawa kesedihan.

 

Saya serik. Lepas ni, kalau orang kahwin, saya takkan nyanyi lagu sedih saya lagi.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

Majlis Perkahwinan Jadi Tegang, Pengantin Terkilan Tetamu Sombong & Tak Beradab Buat Hal - "Dia Nak Potong Kek Sendiri, Buat Macam Majlis Dia Pula.."
2 days ago

Majlis Perkahwinan Jadi Tegang, Pengantin Terkilan Tetamu Sombong & Tak Beradab Buat Hal - "Dia Nak Potong Kek Sendiri, Buat Macam Majlis Dia Pula.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...