Sering Dilihat Mengenakan Niqab, Ini Penjelasan Liza Abdullah

Hiburan

Sering Dilihat Mengenakan Niqab, Ini Penjelasan Liza Abdullah

Pelakon Liza Abdullah tampil menjelaskan mengenai penampilan baharunya yang kerap dilihat mengenakan niqab menerusi mana-mana program yang dihadiri kebelakangan ini.

Liza atau nama lengkapnya Norliza Abdullah berkata dia memilih untuk tidak memperbesarkan hal berkenaan sebaliknya meminta doa yang baik-baik dari orang ramai.

Advertisement

Menurut Liza, 56, memang ada yang bertanya mengenai penampilannya yang sesekali dilihat mengenakan niqab. Namun, dia pilih untuk tidak memberikan kenyataan sama ada penampilan begini adalah untuk meninggalkan industri atau sudah tidak mahu berlakon lagi.

Bimbang juga kalau ada yang dikongsikan akan disalah erti nanti. Sebab kalau berlakon pun saya tidak mengenakan niqab.

Pelakon drama Mr. Bibik itu beranggapan agar sebaiknya perkara itu tidak perlu dijadikan isu dan lebih baik kita sama-sama mendoakan yang terbaik untuk semua orang termasuk diri sendiri.

Lebih-lebih lagi dengan situasi pandemik ketika ini, jadi tidak salah bila saya pakai niqab bersama penutup muka, sekurang-kurangnya ia memberi perlindungan tambahan.

Dalam pada itu, Liza mengulas mengenai watak antagonis yang begitu sinonim dengan dirinya, dia mengakui tidak mahu selesa dengan watak sedemikian semata-mata. Sebaliknya, setelah hampir 40 tahun dalam seni dia masih mahu mencabar diri untuk mencuba pelbagai watak baru.

Info tambahan, Liza juga bakal terlibat di dalam projek drama 7 Hari Mencintaiku 3 yang bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Liza Abdullah
3 years ago

Terima Takdir Jika Jadi Isteri Nombor 4, Liza Abdullah Tak Kisah Hidup Berpoligami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...