Pelakon Puteri Sarah baru-baru ini mendedahkan bahawa dia sering diganggu akaun palsu yang berselindung di sebalik nama Mastura.
Ditemui media baru-baru ini , Puteri Sarah memaklumkan bahawa dia menyedari kewujudan akaun misteri itu sejak Ogos lalu.
Apa yang mencuri perhatian aktres itu adalah apabila ‘Mastura’ itu sering saja meninggalkan komen berbaur negatif dan provokasi di setiap hantaran media sosialnya.
Saya tak tahu siapa dia tapi dia ada di setiap perkongsian Instagram saya. Dia selalu tinggalkan komen berbentuk provokasi.
Berikutan itu, peminat Puteri Sarah nampaknya ada menghulurkan bantuan seperti memulakan usaha menjejaki serta menyiasat dengan lebih mendalam tentang siapakah pemilik sebenar akaun palsu tersebut.
Kata bekas isteri kepada pengarah Syamsul Yusof ini, dia juga tidak menolak sekiranya individu tersebut adalah orang terdekat kerana ‘Mastura’ berani menyentuh hal peribadi dan keluarga terdekat.
Kalau orang luar, dia takkan sentuh hal peribadi kita. Ini mungkin orang yang kenal kita. Dia kata dah baca saman saya yang dulu… Dia kata saya tak move on.
Tapi saya bernasib baik ada netizen yang bantu sebab mereka pun nampak sejak bulan Ogos dia asyik menghina dan buat provokasi.
Buat masa sekarang, belum dapat maklumat penuh lagi tapi dah dapat alamat IP dan lokasi. Daripada situ saya dah boleh agak sebab lokasinya di Lembah Klang.
Puteri Sarah juga mengakui bahawa dia merasa sakit hati namun lama kelamaan beranggapan ia adalah sesuatu yang menghiburkan kerana komen yang ditinggalkan ‘Mastura’ ada kalanya tidak masuk akal dan merepek.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.