Sering Difitnah, Ustaz Abu Syafiq Samakan Dirinya Dengan Janna Nick, Sokong Tindakan Undang-Undang Dilakukan

Hiburan

Sering Difitnah, Ustaz Abu Syafiq Samakan Dirinya Dengan Janna Nick, Sokong Tindakan Undang-Undang Dilakukan

Pendakwah terkenal, Ustaz Abu Syafiq menerusi ruangan Instagramnya tampil menitipkan pesanan khas buat pelakon Janna Nick berikutan kontroversi yang menimpanya baru-baru ini.

Ustaz Abu SyafiqSumber : Instagram Ustaz Abu Syafiq  

Menurut Abu, dia simpati dengan nasib Janna yang sering sahaja difitnah netizen.

Advertisement

Pendakwah itu dilihat turut menyokong tindakan Janna untuk menyaman mereka yang telah memfitnah dirinya dan berharap mereka yang melakukan perkara sebegitu diberi balasan yang setimpal.

Dalam hantarannya itu, Abu Syafiq juga sempat menitipkan doa agar pelakon drama Marry Me Senorita ini sentiasa tabah dengan kemelut yang dihadapi.

Ustaz Abu SyafiqSumber : Instagram Ustaz Abu Syafiq  

Turut menyamakan dirinya dengan keadaan Janna Nick ketika ini, ustaz selebriti ini kemudian telah memadam entri berkenaan selepas beberapa jam dimuat naik.

Terdahulu, nama Janna kembali menjadi perhatian apabila dia mencetuskan kemarahan di kalangan peminat muzik korea dan turut didakwa tidak menghormati pemergian bintang K-Pop yang meninggal dunia tiga tahun yang lalu.

Janna Nick TwitterSumber : Twitter Janna Nick  

Sehingga kini, isu tersebut masih hangat di media sosial malah ‘trending’ tanda pagar #jannanickisgoingtojailparty di halaman Twitter.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...