Rezeki itu di tangan Allah dan setiap individu sudah mempunyai rezeki masing-masing ditetapkannya termasuklah rezeki yang tak disangka-sangka.
Seperti pemuda dari Indonesia ini, Cecep Abdullah yang terkenal di TikTok kerana content mencuci tandas serta tempat ambil wuduk di masjid.
Cecep dikhabarkan telah mendapat undangan khas daripada Kerajaan Arab Saudi untuk menunaikan haji dan penerbangannya dijadualkan berlepas pada 29 Mei ini.

Kredit: Detik.com
Sebelum ini, content Cecep sering meraih perhatian dan ramai memuji keikhlasannya mencuci masjid tanpa mengharapkan balasan.
Malah ramai berpendapat apa yang dilakukan Cecep boleh menjadi inspirasi kepada orang lain.
Pemuda dari Kota Sukabumi itu mula aktif mencuci masjid pada tahun 2019 namun ketika Covid-19 melanda kerja tersebut terhenti.
Bagaimanapun, sekitar 2024 Cecep kembali aktif bersama kira-kira 20 orang lain bergerak dari masjid ke masjid yang lain untuk tujuan yang sama iaitu untuk membersihkan masjid.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.