August 28th, 2015

Sejak putus tunang bersama Pekin Ibrahim, Uqasha Senrose selalu dikaitkan bercinta dengan ramai lelaki. Mula-mula ramai yang menyangka beliau bercinta dengan Syafiq Kyle, tetapi Uqasha tidak mengaku meskipun aktor tersebut pernah memberikan kenyataan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Uqasha.

Kemudian, tersebar pula foto mesra Uqasha dan Iqram Dinzly, sekali lagi angin bertiup kencang mendakwa mereka sebenarnya mempunyai hubungan lebih daripada kawan. Cerita-cerita sebegini membuatkan beberapa pihak melabelkan Uqasha sebagai seorang yang mudah untuk bertukar pasangan ataupun “playgirl”.

Mengetahui akan perkara tersebut, Uqasha meluahkan rasa terkilan beliau dan memberitahu beliau tidak pernah bermain kayu tiga.

Saya bukan jenis yang suka bertukar-tukar pasangan seperti dikatakan sebaliknya percaya pada takdir. Saya kenal seseorang itu dalam satu masa dan tak pernah main kayu tiga.

Saya ada terbaca di blog mengatakan saya playgirl. Saya sedih sangat kenapa sampai tahap itu tanggapan mereka.Itu bukan kehendak saya. Lagipun siapa tak mahu kekal dan bahagia dengan seorang sahaja.

Bagaimanapun, Uqasha kini tidak mahu lagi memikirkan segala tomahan yang dilemparkan kepada dirinya dan mengambil teguran positif daripada peminat sebagai satu pengajaran.

Teguran ke arah positif saya ambil sebagai bentuk pengajaran. Selebihnya saya serahkan kepada Allah. Buat masa sekarang, saya berkawan dengan semua orang. Siapa sangka, dari situ dipertemukan dengan orang yang sesuai dan serasi.

Kata orang berkawan biar seribu bercinta biar satu. Namun, janganlah cepat bosan dan beralih untuk mengenali orang lain pula. Nak kenal hati budi orang ini ambil masa juga, jadi kenalah sabar.

Sumber Berita: Harian Metro


Comments are closed.

Loading...