Pelakon wanita, Siti Hariesa menegaskan dia tidak memerlukan seseorang untuk membantunya daripada segi kewangan kerana mampu untuk berdikari dan menanggung kehidupannya sendiri.
Penjelasan Siti Hariesa sekali gus menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa dia ditaja oleh lelaki kaya untuk menjalani kehidupan mewah.
Kata aktres berusia 27 tahun itu, dia tidak pernah ditawarkan untuk menjadi ‘sugar baby’ oleh mana-mana lelaki meskipun sering membawa watak gadis liar atau gadis kelab malam.
Saya ada duit sendiri, saya tidak perlukan sugar daddy.
Tambah Hariesa, dia bagaimanapun tidak boleh menutup mulut orang ramai daripada berkata buruk tentangnya kerana mereka hanya memberikan komen berdasarkan watak-watak yang dilakonkannya.
Mereka yang tidak kenal boleh bercakap macam-macam tentang saya tetapi saya kenal diri saya macam mana. Saya ada juga terima mesej daripada ‘lelaki gatal’ tetapi perkara macam itu kita tidak boleh nak kawal. Kadang-kadang saya sekat je mereka.
Dalam pada itu, dia sendiri akui kurang selesa untuk melakonkan watak sebegitu terutamanya babak perlu ‘melayan’ lelaki namun menganggap itu sebagai satu cabaran buatnya sebagai pelakon.
Apa yang saya buat dalam drama itu hanyalah sekadar lakonan kerana saya bukannya begitu di luar.