July 3rd, 2016

Umum mengetahui anak tukang masak terkenal Chef Wan iaitu Serina Redzuawan sudah enam tahun bergelar isteri kepada seorang lelaki Inggeris dan mempunyai dua orang anak.

Namun, beberapa ketika ini kami ada dengar khabar angin bahawa Serina mempunyai masalah dengan suaminya, Gavin Edward O’luanaigh.

Meskipun berita berkenaan sudah menjadi bualan ramai, Serina bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen mengenai desas-desus keretakan rumah tangganya.

Apabila tiba masa, saya akan tampil menjelaskan segala isu yang berbangkit. Ketika ini, saya belum bersedia memberikan sebarang komen dan berharap semua pihak mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga saya.

Menguatkan lagi gosip berkenaan, kita boleh lihat Serina sudah lama tidak memuat naik foto beliau dan suami di mana-mana akaun media sosialnya.

Menurut ruangan Bipop Berita Harian, keretakan rumah tangga mereka tidak melibatkan orang ketiga tetapi ia adalah masalah peribadi yang sukar untuk dikongsi.

Kami harap Serina dan suami dapat menyelesaikan masalah mereka dengan baik. Biasalah, dalam kehidupan rumah tangga pasti akan ada pasang surutnya.

Sumber Berita : BH ONLINE

PS: Sunway Pyramid sedang mengadakan sambutan hari raya bermula sekarang sehingga raya nanti. Kalau korang takde nak kemana-mana atau duduk melepak kat rumah je, baik korang singgah ke Sunway Pyramid sambut raya kat sana. Meriah!Oh ye.. sempena raya aidilfitri yang akan menjelma tak lama lagi, Sunway Pyramid mengadakan pelbagai aktiviti menarik untuk korang bertemakan retro 1960-an. Selain dari itu juga, korang turut berpeluang menebus sampul raya istimewa dari pusat beli belah sunway pyramid serta boleh dapat voucher Pop Yeh Yeh yang mana jika berminat untuk dapatkan rambut retro sempena raya yang tak lama lagi. Cuma guna je voucher tersebut dan singgah ke salon yang terpilih. Kita jumpa di sana!


Comments are closed.

Loading...