Gempar seketika di media sosial Instagram apabila cef selebriti terkenal negara, Datuk Cef Wan baru sahaja mengetahui bahawa anak perempuannya, Serina Redzuan telah bernikah secara senyap pada pagi tadi.
Cef Wan meluahkan rasa kecewa berbaur bengang mengenai hal itu menerusi ruang Instagram miliknya sebentar tadi.
Ujar Cef Wan, dia hanya mengetahui berita itu apabila kakaknya memberitahu mengenai Serina telah bernikah dengan seorang lelaki yang bernama Aided yang merupakan seorang anggota polis.
View this post on Instagram
“Hati saya dipanah petir ketika itu, nak nikah rumah papa untuk urusan nikah semula di Malaysia saja. Terus saya tak jawab pun apa dia cakap. Dulu dia pun malukan saya dengan kisah Hani Mohsein dia tu..”
Curahan hati Cef Wan itu dizahirkan secara panjang lebar setelah beberapa jam Serina mengumumkan dirinya sudah kembali memegang status isteri.
Tambahnya lagi, tindakan yang dilakukan anak perempuannya ternyata telah mengecewakan dirinya sebagai seorang bapa.
View this post on Instagram
“Sebagai seorang Ayah, sudah tentu apa yang mereka berdua lakukan ini telah mengecewakan saya, saya tak melarang pun dia nikah. Pergi nikah di Siam dah lama tu baru bagi tahu bapaknya, bagus ke budi bahasa anak jenis begini?”
Meskipun kecewa dengan perkara itu, Cef Wan hanya mendoakan yang terbaik untuk anaknya dan suami barunya itu kerana menganggap kedua-duanya sudah dewasa untuk bertanggungjawab dalam setiap tindakan yang dilakukan.
View this post on Instagram
Dalam satu hantaran yang lain, pelakon Serina Redzuan telah mengumumkan bahawa dia telah bernikah secara tertutup dengan lelaki pilihan menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.
Tambah Serina lagi, dia dan suami hanya ingin mendahulukan perkara yang wajib terlebih dahulu.