Serik Pinjamkan Duit, Michael Ang Harap Jurugaya Bayar Hutang – “9 Tahun Saya Tunggu, Kalau Takut Dosa Bayarlah”

Hiburan

Serik Pinjamkan Duit, Michael Ang Harap Jurugaya Bayar Hutang – “9 Tahun Saya Tunggu, Kalau Takut Dosa Bayarlah”

Pengarah dan penerbit, Michael Ang akui sudah serik untuk meminjamkan duit kepada sesiapa kerana peminjam sering gagal melunaskan semula hutang mereka.

Kalau ada masalah untuk bayar, hubungi

Enggan mendedahkan nama sesiapa, Michael juga berharap mana-mana individu yang berhutang dengannya dapat melunaskan bayaran dengan segera.

Advertisement

Sudah banyak kali saya bagi pinjam tapi ramai yang tak bayar lagi. Kalau saya beritahu siapa nanti, orang akan terkejut. Jadi kalau takut dosa, bayarlah.

Michael Ang

Tambah Michael, sekiranya individu yang meminjam daripada itu mempunyai masalah, janganlah senyap sahaja sebaliknya hubungi dirinya untuk memaklumkan hal berkenaan.

Kalau dia cakap dia tiada duit, saya pun faham. Tapi bila kata tiada duit, bila di media sosial, tengok macam berseronok, sakit juga hati bila tengok. Tapi kita tahu di media sosial bukan boleh percaya pun.

Tak akan halal hutang jurugaya

Dalam pada itu, Michael juga menegaskan dia tidak akan menghalalkan duit yang dipinjam seorang jurugaya yang didakwa melarikan diri daripada membayar hutang.

Ujar Michael lagi, dia sudah menunggu jurugaya itu melunaskan bayaran selama sembilan tahun namun apabila hantarannya sebelum ini tular, dia dikatakan tidak berhati perut pula.

Kalau saya nak bangkitkan hutang yang lain, ada artis lain, ada pengarah, tapi saya macam malas. Lepas saya muat naik dia ada hubungi saya, sebelum itu tiada. Dia kata kenapa saya sanggup buat macam ini, saya sudah bagi amaran saya nak ‘post’ tapi dia tetap tak mahu hubungi saya sehingga saya ‘post’.

michael ang

Michael juga berkata tiada gunanya dia mengejar individu itu atau mengupah orang untuk mencarinya kerana tahu jurugaya berkenaan tiada duit untuk melunaskan hutang.

Saya tak mahu ia menjadi isu di kemudian hari. Jadi pandai pinjam, pandailah bayar.

dato adam ilyas digesa bayar hutang amir raja lawak
2025-08-05 16:33:07

"Dato' Adam CEO Awesome TV, Saya Nak Pakai Duit Untuk Beli Pampers, Stoma Bag Ayah Saya, Bayarlah Hutang.." - Amir Raja Lawak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OHBULAN!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...