Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Serik Nak Berlaki, Kerana Lelaki Yang Datang Hanyut Dengan Kekayaan- DSV

Bercerai sebanyak tiga kali bukanlah satu perkara mudah untuk dihadapi oleh jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida. Bagaimanapun, beliau tidak pernah menutup pintu hatinya untuk menerima cinta serta kasih sayang daripada seorang lelaki. Namun, mengakui serik untuk berumah tangga lagi.

Advertisement

Tidak dinafikan, ada yang cuba mendekati dirinya tetapi DSV menyifatkan lelaki yang datang dalam hidupnya hanya pada permulaan melafazkan kata-kata cinta tetapi akhirnya hanyut dan gelap mata selepas melihat kekayaan dan harta yang beliau miliki.

Malah, DSV turut mengakui kebanyakan lelaki yang pernah menjadi suaminya juga tidak dapat menahan dugaan dan ujian dalam kemewahan.

Kalau ada (lelaki) pun tak sesuai, pada masa ini mungkin akan datang, serik nak bersuami, sebab jate jate (lelaki) yang masuk molek last-last jadi sewel, sebab apa, sebab bila dia masuk dalam dunia saya orang yang jumpa harta karun dia akan sanggup berbunuhan sesama dia kerana harta karun.

Macam itulah keadaan dengan saya, dia (bekas suami) tidak boleh terima ujian dalam kekayaan, kecuali saya jumpa yang setaraf dengan saya.

Buat masa ini, DSV tidak mahu memikirkan soal perkahwinan dan mahu memberi tumpuan kepada perniagaannya.

Sumber Berita : Astro Awani

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

14 Comments

  1. Anonymous

    May 11, 2019 at 4:54 pm

    Gemok

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top