Serik Kena Tipu Dengan Peniaga, Netizen Gesa Jason Reviu Makanan Di Bazar Ramadan – “30 Hari 30 Bazar”

Kehidupan

Serik Kena Tipu Dengan Peniaga, Netizen Gesa Jason Reviu Makanan Di Bazar Ramadan – “30 Hari 30 Bazar”

Sedia maklum, hujung minggu ini, umat Islam akan menyambut bulan yang mulia iaitu Ramadan dan susulan itu, ramai yang sudah mula ‘survey’ untuk mencari juadah berbuka yang berbaloi.

Minta Jason ‘review’ makanan di bazar Ramadan

Kerana tidak mahu membazir dan menjadi mangsa penipuan, netizen menggesa pempengaruh makanan terkenal, Jason untuk mengulas serta mencuba juadah yang dijual di Bazar Ramadan nanti.

Advertisement

Setiap tahun pasti kita akan mendengar keluhan pembeli yang tidak berpuas hati dengan pembelian mereka di bazar kerana peniaga sering menjual makanan ala kadar, bahkan ada yang menjual semula makanan yang tidak terjual pada hari sebelum itu.

Kebanyakan netizen setuju dengan ciapan tersebut, di mana mereka berharap Jason akan membuat review kerana yakin pempengaruh itu berkata jujur.

Jason setuju ‘review’ makanan bazar Ramadan

Antara juadah berbuka yang netizen minta Jason untuk review adalah tepung pelita, murtabak serta roti john kerana ini merupakan antara makanan ‘wajib’ dijual di bazar Ramadan serta merupakan pilihan pembeli untuk berbuka puasa.

jason

Menjawab permintaan ramai, Jason setuju dengan cadangan tersebut dan akan melakukan review di bazar pada bulan Ramadan.

pemilik restoran kongsi pengalaman deal dengan jason
2 weeks ago

“Dia Takkan Perkenalkan Diri Sebagai Influencer, Dia Taknak Special Treatment” - Pemilik Restoran Kongsi Pengalaman ‘Deal’ Dengan Jason

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...