Episod penceraian Elly Mazlein antara berita yang memenuhi ruangan hiburan di akhbar dan perbualan utama di media sosial hampir setiap minggu.
Nyata, ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk dihadapi oleh Elly apabila pelbagail spekulasi yang timbul dan satu demi satu pendedahan yang membuatkan beliau tampak buruk di mata masyarakat.
Namun, Elly semalam memberitahu beliau tidak mahu lagi mengendahkan perkara berkenaan dan sudah memaafkan bekas suaminya, Azmi Hatta dan Faye Kusairi.
Mengenangkan nasib Elly sebagai ibu tunggal yang harus menjaga seorang bayi perempuan yang masih kecil, ada yang bertanya jika beliau ingin mencari pengganti.
Serik dengan apa yang berlaku, Elly tidak mahu lagi terikat dengan mana-mana hubungan buat masa ini.
Saya bahagia hidup dengan anak dan abah. Buat masa ini saya belum mahu terikat dengan mana-mana lelaki selepas serik dengan perceraian.
Berjaya memasuki pertandingan Gegar Vaganza 3, Elly menganggap ia adalah kurniaan rezeki buat anak dan bapanya. Mereka adalah fokus utama Elly sekarang.
Saya anggap peluang masuk GV3 ini sebagai rezeki anak. Saya berlakon dan menyanyi adalah untuk mencari rezeki buat anak.
Semua yang saya lakukan adalah untuk anak dan abah yang berada di bawah tanggungjawab saya. Setelah mama meninggal dunia tahun lepas, abah tinggal dengan saya.
Bapa dan anak adalah permata yang tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit. Kami harap Elly kekal bahagia disamping keluarga tercinta dan teruskan bertabah dalam apa jua dugaan hidup.