Pelakon cantik, Farah Nabilah baru-baru ini telah berkongsi penampilan terbarunya yang kini hamil anak pertama kepada peminat yang mengikuti perkembangan aktres itu.
Dia yang merakam foto ‘selfie’ di hadapan cermin, pelakon drama Kau Yang Pertama ini ternyata lebih berseri daripada biasa. Farah yang memakai baju ibu mengandung berona hitam bercorak putih itu dilaporkan sedang sarat hamil 6 bulan.
“Current fashion style : Anything that still fits,”
Menelusuri ruangan komen, peminat dan juga rakan artis bertalu-talu memuji aktres ini yang kelihatan ‘glowing’ dan tetap cantik.
View this post on InstagramOur first raya together. Salam Aidilfitri ! Mohon Maaf Zahir & Batin from us ! ??
Mengimbas kembali, Farah telah mengumumkan berita kehamilannya yang sudah mencecah lima bulan pada Jun lalu. Dia yang berkahwin dengan suaminya, Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember tahun 2019 dan majlis perkahwinan itu telah diadakan di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara.