Selepas lebih sebulan melahirkan cahaya mata, pelakon Izreen Azminda baru-baru ini mengadakan majlis tahnik dan akikah anaknya, Aaron Ibrahim.
Majlis tersebut diadakan secara sederhana, namun penuh bermakna untuk dirinya dan suami tercinta, Ude Wahid. Izreen turut memuat naik foto momen mereka sekeluarga.
Pada masa yang sama, Izreen tidak ketinggalan untuk mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan yang kedua kepada suaminya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 secara tertutup. Aaron selamat dilahirkan pada 29 Jun lalu.
Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 dan berpisah pada 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Adrian Umar.
Ude juga memiliki dua orang cahaya mata lelaki iaity Arish Muqri, dan Ariq Muqri, hasil perkahwinan pertama dengan Intan Liana Saleh.