Serba Kekurangan Dan Dapur Hanya Berlantaikan Tanah, Rumah Ini Dijaga Rapi Dan Cukup Bersih

Kehidupan

Serba Kekurangan Dan Dapur Hanya Berlantaikan Tanah, Rumah Ini Dijaga Rapi Dan Cukup Bersih

Seorang individu bernama Natipah Abu menerusi laman Facebooknya, berkongsi kisah sepasang suami isteri bersama empat orang anaknya hidup dalam serba kekurangan dengan keadaan rumah yang tidak sempurna dan usang.

Namun yang menarik minat kami untuk berkongsi kisah keluarga ini ialah mereka cukup pembersih. Keadaan rumah itu walaupun usang dan serba kekurangan namun ianya dijaga rapi dan cukup tersusun.

Advertisement

Inilah tempat berteduh pasangan yang mempunyai empat orang cahaya mata berumur diantara 1 hingga 9 tahun ini.

Orang ramai yang pernah melihat atau mengunjungi rumah ini pasti bersetuju bahawa jarang ditemui rumah dhaif yang sebersih ini.

“ Datanglah pada bila-bila masa pun, rumah ini memang sentiasa bersih dan kemas. Jadi mereka susah bukanlah kerana sikap … “

Biarpun dapur rumah mereka cuma berlantaikan tanah, namun ia sentiasa dijaga bersih serta tiada sebarang bau yang kurang menyenangkan. Antara ruang utama rumah dan bahagian belakang dipisahkan dengan hanya menggunakan langsir sahaja.

Menurut mereka juga kebanyakkan barangan dan perabot yang ada di rumah tersebut adalah pemberian orang ramai.

Pasangan ini membina ruang dapur rumah mereka dengan bahan yang didapati dari kawasan sekitar seperti kayu batang pinang, zink terpakai, buluh dan lain-lain.

Akibat tidak mampu membayar sewa rumah yang mahal, mereka membuat keputusan berpindah ke rumah yang didirikan di atas tanah orang tua mereka ini hampir setahun yang lalu.

Suaminya Mohd Fitri, baru sahaja bekerja di sebuah kedai welding dengan gaji harian. Sebelum ini, dia pernah bekerja di sebuah kedai welding di bandar dengan gaji RM50 sehari. Namun akibat kos dan masa ulang-alik yang berjam-jam sehari, dia akhirnya berhenti kerja dan bekerja di kampungnya sahaja.

Natipah berharap dengan perkongsiannya ini, dapat membantu menyiapkan ruang dapur rumah pasangan ini termasuklah pendawaian dan penyambungan bekalan elektrik. Ini kerana sekiranya mereka berterusan hidup di dalam keadaan rumah seperti ini mampu mendatangkan bahaya kepada mereka terutamanya anak-anak.

Buat masa ini, tiada bil dikenakan bagi bekalan air bersih kerana sumbernya datang dari bukit dan disalurkan ke kampung di bawah projek “ air muafakat “.

Keluarga ini memerlukan dana sebanyak RM7000.00 bagi membina dapur yang selamat dan juga selesa bagi mereka sekeluarga.

Bagi anda yang berkemampuan dan ingin menderma bolehlah melihat butirannya di Facebook Natipah Abu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...