“Seratus Peratus Untuk Motivasi..” – Makcik Kemboja Dan Anak Mohon Maaf Secara Terbuka, Akui Khilaf Dalam Berbicara

Hiburan

“Seratus Peratus Untuk Motivasi..” – Makcik Kemboja Dan Anak Mohon Maaf Secara Terbuka, Akui Khilaf Dalam Berbicara

Terkini, usahawan sensasi yang dikenali sebegai Makcik Kemboja telah tampil bersama anaknya dengan permohonan maaf secara terbuka melalui sidang media yang diadakan di Mariyah Holdings, Johor pada hari isnin. Ini kerana ushawan ini sempat menggelar bangsa Melayu sebagai bangsa yang pemalas di salah satu videonya.

Kata Mariyah dia sama sekali tidak mempunyai niat untuk menghina disebaliknya ingin memberi dorongan motivasi kepada rakyat Malaysia untuk berkerja keras dan berjaya. Mariyah berkata dia memohon maaf atas kesilapan yang dibuatnya kepada semua rakyat Malaysia dan warga-warga Kemboja yang mungkin terkena tempiasnya.

Advertisement

Saya ingin membuat permohonan maaf secara terbuka bagi pihak saya, Mariyah binti Yaakob dan pada pihak syarikat juga.

Saya nak memohon maaf  atas kekhilafan saya dan keterlanjuran kata-kata saya.

Sejujurnya, tidak ada terdetik pun nak menghina mana-mana bangsa. Seratus peratus untuk motivasi.

@mariyahholdings

Pada masa yang sama, Mariyah juga mengambil kesempatan untuk menjelaskan isu berkenaan pekerjanya yang mendakwa tidak dibayar caruman serta komisen kerja. Dia berkata hal tersebut boleh diajukan kepada JTK (Jabatan Tenaga Kerja) jika benar tidak dibayar.

Tambahnya, dia mengambil kisahnya itu sebegai satu pengajaran kepada dirinya dan berharap agar orang ramai dapat memaafkan kesilapan mereka. Mariyah juga berterima kasih kepada mereka yang masih sanggup menyokongnya dalam bisnes.

Tidak lupa, anak lelakinya juga turut hadir dan menyatakan mohon maaf kerana tindakannya yang kurang matang ketika memuat naik sebuah video berkenaan isu yang berkaitan dengan ibunya itu. Dia akui video perbalahan dengan pekerja lama syarikat ibunya itu telah menimbulkan banyak masalah dan kontroversi di kalangan netizen dan memebri persepsi buruk kepadanya.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

makcik
1 year ago

"Asyik-Asyik Tumpang Negara Orang, Buat Hal.." - Individu Dedah Asal Usul Sebenar Makcik Kemboja, Bukan Orang Sana Rupanya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...