Tular tentang pelumba dari Jepun, Shinji Nakano yang terpaksa memohon maaf selepas menerima kecaman daripada rakyat Malaysia di akaun media sosialnya.
Tindakan sebilangan netizen menyerang Shinji di media sosial mendapat kritikan hebat masyarakat yang menyifatkan perbuatan itu memalukan dan mencemarkan maruah negara.
Isu tersebut mendapat perhatian bekas pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan pelumba yang terlibat kemalangan dengan Shinji baru-baru ini, Shah Firdaus Sahrom.
Selain menasihati penyokong untuk terus memberi sokongan penuh kepada atlet negara, Lee Chong Wei turut meminta masyarakat memberi komen atau kritikan yang lebih membina.
Yang nak komen, biarlah berpada-pada. Bagilah nasihat yang constructive. Janganlah ko bermisai dan gigi jongang tapi pakai profil muka awek suci pastu komen negatif, yang boleh merosakkan keyakinan atlet kita dan memusnahkan perpaduan negara. Jangan jadi keyboard warrior je!
Shah Firdaus pula mahu peminat agar tidak terlalu beremosi dan membiarkan apa yang berlaku dalam gelanggang kekal di antara pelumba sahaja.
Pelumba berusia 28 tahun itu juga berharap agar warga Malaysia yang menyokong dan menonton acara-acara sukan, apatah lagi di pentas sebesar ini dapat menjaga nama baik negara.
Apa jua yang berlaku di lapangan dan gelanggang, jangan sesekali diheret sebagai isu peribadi dan emosi. Negara kita negara yang penuh budi bahasa, semoga terzahir dalam konteks sukan juga.
View this post on Instagram