[SERAM]Tapak Kaki Tak Bertuan Muncul Setiap Hari Di Pusat Beli Belah Filipina

Trending

[SERAM]Tapak Kaki Tak Bertuan Muncul Setiap Hari Di Pusat Beli Belah Filipina

Ramai orang fikir roh dan jelmaan merayau di bangunan-bangunan usang di waktu malam, tetapi sebenarnya ia boleh muncul di mana-mana.


Di Balanga, Filipina, satu jelmaan kanak-kanak dipercayai merayau di sekitar beberapa buah pusat beli-belah sejak beberapa tahun lepas. Pusat dimaksudkan, ialah Galeria Victoria, Ocampo’s Aku, Central Plaza dan Vista.

Seorang pengguna Twitter, @kyuriiie mendakwa kesan tapak kaki budak (hanya kaki kiri) sering dikesan di lokasi-lokasi ini:

Advertisement

Okay, ada kesan tapak kaki ni yang sering dilihat di rangkaian pusat beli belah Balanga (Galleria, Ocampo’s, CPM, & Vista).

Benda ni dah dikesan sejak bertahun lepas, tiap pagi bila gerai nak dibuka, kelihatan tapak kaki budak ditinggalkan seolah-olah budak itu berkeliaran.

Saya dah dapatkan berbagai maklumat dan lihat sendiri kesan tapak kaki tersebutnya. Sebenarnya bukan hanya tapak kaki budak, malah ada satu lagi kesan tapak kaki dewasa sering dikesan dengan tapak kaki budak itu. Cuma yang dewasa itu ialah tapak kaki belah kanan, dan ada sebelah saja juga.

Kesan ini bukan hanya muncul di waktu malam, malah siang-siang buta pun ada.

Kadang-kadang bila kesan tapak kaki ini baru saja dilap sampai bersih, ia akan muncul semula.

Oh, dan siapa pula datang pusat beli belah dengan berkaki ayam dan kotor pula? Pengawal keselamatan takkan benarkan kanak-kanak jalanan masuk ke pusat beli belah.

Kesan tapak kaki ini kadangkala berminyak, kadangkala berlumpur, dan kadangkala berdarah!

Sementara itu, seorang netizen lain mendakwa kakaknya bekerja sebagai penyelia di pusat beli belah tersebut:

Dah lebih 10 tahun kakak saya kerja sebagai penyelia di situ. Perkara ini dah lama berlaku, sejak dia mula kerja lagi. Dia pun kata ada kesan tapak kaki budak dan kadang-kadang pengunjung dapat lihat sendiri jelmaan kanak-kanak itu.

Pernah salah seorang pelanggannya tanya, “awak buat apa?”. Kemudian kakak saya lihat pelanggan itu cakap pada satu kerusi kosong.

Pelanggan itu kata, ada seorang budak duduk di situ sambil membongkok. Kakinya bengkok. Menyeramkan.

 

Berikut ialah gambar-gambar tapak kaki tersebut yang diambil oleh pekerja di pusat beli-belah tersebut. Berdasarkan saiznya, ada yang mendakwa tapak kaki tersebut kecil saja, seperti tapak kaki kanak-kanak setahun atau dua tahun.

Ya, satu lagi yang menyeramkan, jika anda perasan, tapak kaki tersebut punya enam jari. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...