Seramnya, Kanak-Kanak 4 Tahun Jatuh Dari Tingkat Dua Masa Naik Ferris Wheel

Trending

Seramnya, Kanak-Kanak 4 Tahun Jatuh Dari Tingkat Dua Masa Naik Ferris Wheel

Seramnya bila sedang bergembira di fun fair tiba-tiba satu kejadian yang tak diingini terjadi kepada kita ataupun ahli keluarga terdekat.

Itu yang terjadi kepada seorang kanak-kanak berusia 4 tahun ketika sedang bermain ferris wheel sehingga terjatuh dari ketinggian bangunan dua tingkat semasa menaiki berseorangan di funfair Hutan Melintang, Perak.

Menurut World of Buzz, kanak-kanak itu duduk di dalam Ferris wheel yang pintunya tidak rapat tetapi ia masih bergerak dan tidak berhenti walaupun pintunya mengalami masalah.

Advertisement

Kanak-kanak tersebut dikatakan sedang menaiki ferris wheel tersebut dan semasa sampai ke puncak pintunya terbuka menyebabkan kanak-kanak ini jatuh dari ketinggian 2 tingkat.

terjatuh dari tingkat dua Ibu bapa kanak-kanak ini hanya mampu melihat dari bawah.

Semasa kejadian ini berlaku, pak ciknya memberitahu bahawa para pengunjung yang melihat kejadian ini cuma sedaya upaya menyelamatkan anak buahnya namun gagal.

Kanak-kanak ini mengalami kecederaan patah kaki, dan luka di baghagian muka dan juga lengan.

kanak-kanak 4 tahun di hospital

Menurut pengurus taman hiburan tersebut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, pekerjanya yang mengendalikan ferris wheel cuba sedaya upaya untuk menghentikan ketika melihat kanak-kanak itu menaiki berseorangan tetapi tidak berjaya kerana alat kawalan sudah lama berkarat.

Ibu kepada kanak-kanak ini telah pun membuat laporan polis supaya tindakan undang-undang dapat dikenakan kepada pihak pengurusan yang tidak menjaga kualiti permainan di taman hiburan tersebut.

Kami terus membuat panggilan kepada pihak klinik tetapi tidak menjangkakan bahawa tiada doktor ataupun ambulan pada waktu tersebut.

Jadi kami perlu memandu sendiri untuk membawa anak ke hospital.

“Saya sangat bersyukur bahawa anak saya masih hidup. 

Kepada anda semua yang sering membawa anak-anak ke fun fair, berhati-hatilah nak bagi anak main, dan kalau boleh tengoklah  dulu barang permainan itu terlebih dulu selamat digunakan ataupun tidak.

 

Sumber: World of Buzz

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...