Seramai 15 Anggota Penjuang Palestin Didakwa Terbunuh Daripada Serangan Israel

Trending

Seramai 15 Anggota Penjuang Palestin Didakwa Terbunuh Daripada Serangan Israel

Menurut Sinar Harian, pada Selasa lepas tentera Israel telah menyerang 130 sasaran ketenteraan di Gaza. Tentera Israel juga mendakwa yang mereka telah membunuh 15 anggota Hamas dan Jihad Islam.

Jurucakap tentera rejim Zionis, Jonathan Conricus memberitahu kepada pemberita AFP yang mereka telah menyerang sasaran serangan ketenteraan kebanyakkannya milik Hamas dengan membunuh dengan anggaran 15 anggota Hamas dan Jihad Islam.

Advertisement

Pada awalnya, Pergerakan Hamas menguasai Gaza yang persempadan dengan Israel. Pertempuran yang dasyat antara para penunjuk perasaan Palestin dan polis Israel itu mengakibatkan ratusan penduduk Palestin cedera.

Keganasan yang berlaku dipercayai selepas penduduk Palestin didakwa melemparkan objek-objek ke arah pasukan keselamatan Israel. Kemudian, Hamas pula dilaporkan memberikan kata dua kepada Israel supaya Masjid Al-Aqsa dikosongkan Israel sehingga jam 11 Isnin lalu.

Selepas tempoh yang diberi tamat, Hamas melancarkan satu siri serangan roket ke arah Israel termasuk Baitulmaqdis dengan bantuan beberapa kumpulan bersenjata di Genting Gaza.

Serangan itu dilancarkan dengan anggaran lebih kurang 200 roket dari Gaza dan 90 peratus daripadanya berjaya dipintas oleh Sistem Pertahanan Iron Dome milik Israel.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...