Seram, Patung Dirasuk Roh Kanak-Kanak Bakal Jadi Trend Di Malaysia Pula

Trending

Seram, Patung Dirasuk Roh Kanak-Kanak Bakal Jadi Trend Di Malaysia Pula

Kini telah menjadi satu trend atau budaya masyarakat di Thailand menjual patung ‘Luk Thep’ yang dijadikan sebagai anak angkat mereka.

Menurut mereka jika anda mempunyai patung ini di rumah, ia akan memberi rezeki yang melimpah luah.

Advertisement

Apa yang mengejutkan ialah, patung ini bukan untuk dibuat mainan kanak-kanak tetapi ia mengandungi roh kanak-kanak yang boleh membawa nasib baik dan kekayaan kepada tuannya.

membawa nasib baik kepada tuannya

Menurut Lobak Merah, khabarnya patung-patung ini telah tular di Malaysia dengan beberapa pesanan yang diterima dan kecoh di media sosial.

Ramai diantara mereka memberi amaran kepada orang ramai agar tidak cuba mendekati atau menyentuh patung ini.
jangan cuba dekat dengan patung ini

Selain itu, amaran ini juga memberitahu bahawa patung-patung ini mempunyai ilmu hitam yang boleh menyumpah atau merasuk orang bila disuruh oleh tuannya.

Menurut Time, Mama Ning, adalah wanita yang memulakan trend ini 10 tahun lalu dengan mencipta roh kanak-kanak yang boleh menetap dalam patung tersebut.

Mama Ning, akan mencari patung yang sesuai dengan personaliti tuannya.
cari patung sesuai ikut personaliti tuannya

Jika seseorang mengambil patung ini sebagai anak angkat mereka, penjagaanya adalah sama seperti bayi sebenar. Dimana anda perlu menjaga patung ini seumur hidup dengan memberi makan, mandi, pakaikan baju dan bawa jalan-jalan.
jaga sama seperti bayi sebenar

rezeki dna kekayaan

Diharapkan anda tidak terpengaruh untuk membeli patung ini sebagai anak angkat. Fikir-fikirkan dahulu sebelum membeli ya kerana segala rezeki dan kekayaan itu dari tuhan bukan roh kanak-kanak pada patung ini.

 

Sumber: Lobak Merah, Time

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...