Baru-baru ini PPSS Group, sebuah syarikat pembuat baju kalis peluru telah membuat satu demonstrasi mengenai sebuah baju kalis peluru terbaru keluaran mereka. Demonstrasi ini dilakukan di hadapan khalayak ramai untuk menunjukkan baju kalis peluru itu tahan akan tembakan jarak dekat pistol Glock 19.
Apa yang menarik di sini presiden PPSS Group, Robert Kaiser sendiri telah mengenakan baju kalis peluru ketika demonstrasi itu. Mesti cuak gila orang yang nak tembak ke arah Robert itu sebab kalau tersalah tembak jadi kes pembunuhan la pulak. Jom tengok apakah nasib Robert setelah selesai demonstrasi itu.
Seperti dapat dilihat di dalam video, tiada tragedi yang tidak diingini berlaku setelah selesai demonstrasi itu, tetapi Robert mengerang kesakitan setelah menerima tembakan itu. Seorang doktor juga bergegas ke sisi Robert untuk memastikan keadaannya.
Respek sungguh admin kat Robert ni sebab sanggup turun padang buat demonstrasi yang boleh dikatakan berbahaya ini. Kalau la admin yang presiden, jangan harap la…