Sepupu Zoey Rahman Antara Mangsa Maut Nahas Kemalangan Bas Pelajar UPSI

Hiburan

Sepupu Zoey Rahman Antara Mangsa Maut Nahas Kemalangan Bas Pelajar UPSI

Pelakon terkenal, Zoey Rahman mengesahkan bahawa sepupunya, Fakhrul Arif Rosli, merupakan antara mangsa yang terkorban dalam kemalangan tragis melibatkan sebuah bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak awal pagi tadi.

Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman, 40, berkata dia mendapat khabar duka itu menerusi mesej dalam kumpulan WhatsApp keluarga.

Advertisement

Saya menerima khabar tersebut subuh tadi dalam group WhatsApp keluarga. Mula-mula kami tidak tahu arwah selamat atau tidak, cuma tahu 15 orang saja yang meninggal. Tapi selepas beberapa minit baru dapat berita mengesahkan dia meninggal di tempat kejadian.

Difahamkan, arwah dalam perjalanan pulang ke kampus UPSI di Tanjung Malim selepas menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga di Pasir Akar, Jerteh, Terengganu.

Zoey turut menzahirkan harapan agar semua keluarga mangsa kekal kuat dalam menghadapi kehilangan yang begitu berat ini.

Zoey rahman sepupu

Saya harap keluarga arwah dan mangsa yang lain tabah dengan ujian ini. Kemalangan memang tiada dapat dielakkan tapi saya harap ada tindakan selepas kejadian ini. Setiap kali musim perayaan ada saja perkara seperti ini berlaku melibatkan kenderaan berat.

Terdahulu, media melaporkan seramai 15 individu maut dalam nahas membabitkan sebuah bas pelajar UPSI dan sebuah Perodua Alza di JRTB, Gerik. Bas terbabit difahamkan dalam perjalanan dari Jerteh menuju ke kampus UPSI.

Sebahagian mangsa kini masih dirawat di Hospital Gerik, dengan beberapa di antaranya dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ezurin khayraa
29 mins ago

Anak Kurang Fasih Berbahasa Melayu, Ezurin Khayra Luah Rasa Sedih - "Inilah Keburukan Bila Hantar.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...