Sepupu Dan Saudara Hattan Antara Penumpang Pesawat MH17

Hiburan

Sepupu Dan Saudara Hattan Antara Penumpang Pesawat MH17

Ya Allah. Tak dapat bayangkan bagaimana perasaan Hattan dan keluarganya apabila mengetahui sepupu serta saudara terdekat mereka adalah antara penumpang pesawat MH17. Ini satu dugaan yang amat hebat. Semoga Hattan dan keluarga tabah. Menurut Hattan, ketua pramugari MH17 iaitu Dora Shahila Kassim adalah sepupunya.
hattanSelain sepupunya, saudara terdekat Hattan,  Sherliza Zaini, 45, turut sama menaiki pesawat MH17 bersama suami dan tiga orang anak mereka. Pasti ini satu kehilangan yang amat besar buat Hattan serta keluarga. Untuk anda yang tidak tahu, isteri Hattan, Arianie adalah seorang pramugari MAS. Kata Hattan menerusi Mstar Online:-

Isteri saya ialah bekas pramugari dan sesetengah rakannya menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) dan WhatsApp kepadanya (mengenai nahas).

Kemudian saya mendapatkan kepastian daripada Internet dan laporan berita. Saya dan isteri amat terkejut sehingga tidak tahu nak kata apa-apa

Advertisement

hattan dan arianie

Ada juga beberapa penumpang MH17 merupakan kawan kepada kawan Abang Nara. Masing-masing melahirkan rasa sedih terhadap apa yang berlaku. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua mangsa nahas MH17. Buat masa ini, jangan percaya maklumat tersebar di laman sosial. Sebaliknya boleh ikuti Malaysia Airlines di laman Twitter mereka @MAS untuk informasi sahih.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...