Setelah hampir sepuluh tahun menghilangkan diri, naib juara program realiti TV Akademi Fantasia (AF) musim ke-2, Linda Nanuwil muncul kembali mewarnai dunia seni tempatan.
Masih cantik seperti dulu, Linda atau nama sebenarnya Norlinda Nanuwil,36, berkata dia sebenarnya masih aktif dalam bidang nyanyian dan tidak sekalipun terfikir untuk bersara dari dunia muzik.
Popular menerusi lagi Jika Kau Kekasih, Linda turut meluahkan rasa teruja untuk membuat kemunculan semula setelah mengatur segala perancangan dengan baik.
Linda yang kini menetap di Sabah turut memberitahu bahawa dia masih aktif menyanyi dan turut menerima banyak undangan persembahan di sana.
“Tak pernah fikir untuk lupakan dunia seni sebab dengan cara inilah saya cari makan. Cuma baru sekarang saya bersedia untuk kembali ke dunia seni arus perdana. Sekarang segala perancangan sudah diatur. Sebab tulah saya kataka perasaanya sama macam mula-mula nak jadi artis dulu, rasa teruja..”
Dia yang ditemui media pada sidang media pengenalan artis-artis yang bakal menyertai program Gegar Vaganza musim ke-7 di Envi Skydiving, Menara Ta One, Kuala Lumpur pada selasa lalu.
Selain Linda, antara nama yang bakal ‘menggegarkan’ program itu adalah Mus May, Aju, Nomad, Yantzen, kumpulan Indigo dan ramai lagi. Dilaporkan program tersebut akan menemui penonton pada 11 Oktober ini menerusi siaran Astro.
Sumber: mStar Online