Sepetang Di Awana Genting

Hiburan

Sepetang Di Awana Genting

Pucuk dicita ulam mendatang. Tengah Abang Nara terfikir nak pergi berehat menghirup udara segar, tiba-tiba Abang Nara mendapat undangan untuk ke Awana Genting. Bukan pergi sekadar suka-suka sebab Abang Nara ditugaskan untuk member sedikit “talk” kepada bloggers yang hadir.

awana genting

Advertisement

Mulanya Abang Nara ingatkan event ini akan dijalankan di hotel Awana Genting. Rupa-rupanya Abang Nara tersilap. Bersebelahan hotel Awana, ada sebuah rumah panjang yang agak tersorok. Kehadiran Abang Nara disambut dengan kicauan 200 spesies burung.

awana genting

Udara yang nyaman, suasana penuh ketenangan dan pemandangan yang menghijau menyebabkan badan Abang Nara terasa lebih segar. Namun di sebalik ketenangan itu, Abang Nara terkejut apabila masuk ke dalam rumah panjang. Penuh dengan hantu-hantu di dalamnya.

awana genting

Rupa-rupanya tema event yang dianjurkan oleh Awana Genting kali ini ialah Halloween Night. Ramai jugak bloggers yang join aktiviti ini. Sayangnya Abang Nara datang lewat sehingga terlepas beberapa aktiviti menarik. Jeles plak tengok muka ceria mereka melakukan senaman beramai-ramai.

awana genting

Selepas makan malam dengan seafood yang amat lazat, Abang Nara dan para blogger berkumpul semula di rumah panjang. Gelabah jugak sebab kena berkongsi pengalaman selama 4 tahun menjadi blogger dengan mereka. Nasib baik ada seorang lagi speaker iaitu Ernest Ng yang popular dengan komik blog www.dontlikethatbro.blogspot.com.

awana genting

Setelah selesai sesi Ernest Ng, Abang Nara pun mengambil mikrofon untuk berkongsi cerita serba sedikit tentang dunia blogging. Banyak jugak soalan yang diterima. Yang seronoknya tak sangka ramai juga pembaca BeautifulNara yang berbangsa Cina. Ternyata berita selebriti adalah bersifat universal.

awana genting

Selepas sesi tersebut, ada pula sesi penyampaian hadiah. Best jugak hadiah-hadiah yang dimenangi oleh bloggers yang hadir. Ada yang dapat penginapan percuma, ada yang dapat free theme park access dan macam-macam lagilah. Kesemua bloggers yang hadir adalah Genting Evangelist di laman web Nuffnang.

awana genting

Sayangnya Abang Nara tak sempat bermalam di rumah panjang Awana Genting sebab rindukan anak. Malam itu juga Abang Nara balik ke rumah dengan 1001 kenangan manis. Yang penting, otak terasa fresh dapat menghirup udara segar di Genting. Satu hari nanti Abang Nara akan datang bawak wife dan anak pulak jalan-jalan di Awana Genting.

awana genting

Namun diharapkan ketika itu perhiasan di rumah panjang Awana tidak lagi bertemakan Halloween. Kang tak pasal-pasal anak Abang Nara menangis pulak. Hehehe. More info tentang Awana Genting, boleh layari www.awana.com.my.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...