“Seperti Orang Lain, Saya Juga Ada Masalah Peribadi” – Hannah Delisha Mohon Maaf

Hiburan

“Seperti Orang Lain, Saya Juga Ada Masalah Peribadi” – Hannah Delisha Mohon Maaf

Pasti ramai yang berasa bingung dengan pelbagai kisah keluarga dan pernikahan Hannah Delisha yang dipaparkan di dada-dada akhbar sejak beberapa hari ini.

Semuanya bermula apabila ibu pelakon itu, Noor Ashikin dikatakan tidak merestui perkahwinan tersebut selain terdapat dakwaan mengatakan yang Hannah dan Imam Shah sebenarnya sudah disatukan sejak setahun yang lalu.

Advertisement

4 years ago

Tarikh Entri Eleena Sui Jadi Persoalan, Hannah Delisha Didakwa Kahwin Tahun Lepas?

Meskipun lebih selesa berdiam diri, Hannah kini telah membuka mulut bagi menjelaskan posisi di pihaknya mengenai cerita yang berterbangan kini mengenai masalah keluarganya.

hannah delisha

“Assalamualaikum, saya mohon maaf dengan perhatian yang tidak dijangka terhadap saya kini. Ya, seperti anda semua, saya juga mempunyai masalah peribadi sendiri. Saya minta maaf kerana ia sudah diketahui umum sekarang.

Masa awal menjejakkan kaki dalam industri ini, tujuan utama saya adalah untuk menghiburkan anda, sebagai penonton, menerusi kerja saya dan bukannya disebabkan oleh kehidupan peribadi. Saya cuba menjauhi segala gosip seupaya boleh dan membawa bendera negara saya dengan bermaruah. Dan saya berharap agar dapat terus melalui laluan itu. In Shaa Allah.

Sekali lagi, saya mohon maaf atas cerita kurang enak mengenai saya dan keluarga. Anda semua layak menerima yang lebih baik daripada saya. Apa yang saya harap ialah doa daripada kalian dan privasi ketika melalui dugaan ini.”

Meskipun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai isu yang dilaluinya kini, Hannah berharap agar semua memberikan ruang untuk dia menghadapinya secara senyap.

Semoga Hannah dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...